Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : cairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwat

Puisi
 

Ke darat menebang juak tukas,
     Tukas kutebang tepi jeraya;
Laksana dakwat dengan kertas,
     Samalah hancur sama binasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aniline poisoningkeracunan anilinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada anilina, iaitu bahan kimia yang digunakan dalam dakwat pencetak, dakwat penanda kain, cat, penanggal cat, dan sintesis ubat. Pengingesan sebanyak I g anilina boleh menyebabkan kematian. Nilai LD50 dalam haiwan ialah 400 mg/kg dan had pendedahan ialah 2 ppm. Anilina bertindak dengan mengubah hemoglobin kepada methemoglobin, yang mungkin menyebabkan asfiksia yang sangat teruk untuk mencederakan sel sistem saraf pusat dan kadang-kadang menyebabkan hemalisis. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan menyebabkan sianosis pada ants methemoglobin melebihi 15%; sakit kepala, sesak nafas, dan pening pada aras methemoglobin 40% - 50%; kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, dan stupor pada aras 60%, dan konvulsi, koma, tekanan darah turun, dan kemungkinan mati pada aras methemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, sakit semasa kencing, dan anemia mungkin terjadi kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Kehilangan berat badan, anemia, keadaan lemah, dan kerengsaan turut terjadi. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, kecederaan buah pinggang, hati, dan limpa, dan hemolisis.
ebony inkdakwat hitamKesenianTiadaDakwat berwarna hitam keperangan.
fluorescent inkdakwat pendarfluorKesenianTiadaDakwat yang bersinar walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya.
Indian inkdakwat IndiaKesenianTiadaDakwat daripada campuran jelaga dengan kanji.
acetate inkdakwat asetatKesenianSeni LukisDakwat khusus yang boleh digunakan dengan pen atau berus di atas permukaan licin tanpa kesan aliran.
transparent inkdakwat lut sinarKesenianTiadaDakwat yang tidak akan melitupi reka bentuk yang ada bila disapu pada sesuatu permukaan.
magnetic inkdakwat magnetTeknologi MaklumatTiadaDakwat mengandungi zarah bahan magnet yang boleh dikesan oleh penderia magnet.
inking slabtapak dakwatKesenianTiadaTapak rata untuk menggelek dakwat dalam proses melukis atau mencetak.
ink processproses dakwatPentadbiran PerniagaanTiadaCara menghasilkan dokumen dengan menggunakan dakwat seperti stensil.
ink jet printingcetak dakwat semburPentadbiran PerniagaanTiadaCetakan yang diperoleh daripada semburan dakwat.
12345678910...

Kembali ke atas