Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lih] | داليه

Definisi : alasan (jawaban) yg diberikan utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya; berdalih memberi alasan atau helah (utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apa­bila disoal dia cuba ~; berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-me­ngata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); mendalihkan mengemukakan (mengata­kan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi; pendalih orang yg suka berdalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lih] | داليه

Definisi : alasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat, ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalihMaksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan.Lain-lain04.10.2009
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ?Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Lain-lain31.01.2010
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" atau "hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" yang manakah betul?Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu)Lain-lain24.09.2021
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan".Makna16.08.2011
apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih'Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklumMakna06.08.2007
yang manakah benar: nak seribu daya tak nak beribu dalihPeribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu)Lain-lain02.07.2007
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan.Lain-lain20.01.2014

Kembali ke atas