Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lil] | دليل

Definisi : 1. keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebe­naran): kami tidak mempunyai ~ utk me­nunjukkan kebenaran kenyataan yg kedua itu; 2. tanda, alamat; ~ al-hayat tanda hidup (surat dll); berdalil mempunyai dalil, beralasan, men­tafsirkan (Quran); berdalilkan berdasarkan atau menggunakan sesuatu sbg dalil: beliau memberikan pen­dapat yg ~ hadis; mendalilkan menerangkan (memper­tahan­kan pendapat) dgn dalil: dia ~ setiap hujah­nya; pendalilan perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg intelektual akan meng­hala ke satu perjalanan yg cerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lil] | دليل

Definisi : alasan yg menguatkan kebenaran sesuatu; bukti; keterangan. Ada beberapa ~ yg menunjukkan bahawa agama Islam telah lama tersebar di sini. berdalil mempunyai bukti; beralasan. berdalilkan mempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah. mendalilkan mempertahankan pendapat dgn mengemukakan bukti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
إثبات الحكمpensabitan hukumAgama IslamFiqhPensabitan hukum ke atas seseorang berasaskan dalil-dalil syarak dan qarinaṯ.
explanatory propositionproposisi penjelasanSejarahTiadaProposi yang menerangkan atau menghuraikan dengan jelas dan terperinci berdasarkan dalil-dalil yang ada.
الترجيحtarjīḥ ḤadīthAgama IslamHadithMemberi sokongan kepada sesuatu dalil Ḥadīth untuk menguatkannya bagi mengatasi dalil Ḥadīth saingannya.
accounting postulatedalil perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaRekod dan tafsir urus niaga kewangan yang tidak perlu dibuktikan kerana memang sudah nyata.
التخييرtakhyīr dalilAgama IslamHadithMemilih salah satu daripada Ḥadīth- ḥadīth yang bertentangan untuk beramal dengannya.
proof puncturetusukan dalilPerubatanTiadaTusukan untuk membukti sesuatu, biasa digunakan sebagai bantuan dalam mendiagnosis.
a prioribadahah; dalil akalSejarahTiada

Sesuatu perkara, pendapat atau pengetahuan yang dibenarkan kesahihannya terlebih dahulu sebelum sebarang kajian ataupun percubaan dijalankan.

convergence of evidencepenumpuan dalilGeologiTiadaTiada
a posterioria posteriori , dalil buktiSejarahTiada

Ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman yang terjadi lebih dahulu dan dapat diuji kebenarannya secara empirik untuk dijadikan bukti.

proofpruf; kalis; buktiSejarahTiada4. Keterangan yang menjadi dalil atau bukti yang diterima dalam sesebuah penghakiman.,5. Sifat sesuatu yang tidak dimasuki atau ditelusi air atau peluru dan lain-lain.
12

Kembali ke atas