Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mai] | داماي

Definisi : 1. tidak berperang atau serang-me­nyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menye­lesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, perteling­kahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak ber­seteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi ber­gaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. ber­muafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirun­dingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) men­da­maikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg men­damaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mai] | داماي

Definisi : 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damai

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Brest-Litwosk Peace Agreement)Persetujuan Damai Brest-LitwoskSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
pacific settlement of disputespenyelesaian pertelingkahan secara damaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan untuk tidak menggunakan cara paksaan dan kekerasan dalam menyelesaikan konflik antara negara yang bersengketa. Langkah menggalakkan negara menyelesaikan pertelingkahan secara damai merupakan sebahagian daripada prinsip utama Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini berkait rapat dengan pengharaman penggunaan kekerasan yang disebut secara jelas dalam piagam tersebut. Antara jenis penyelesaian yang termaktub dalam piagam tersebut termasuklah rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan, timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Walau bagaimanapun, jenis penyelesaian pertelingkahan ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama, iaitu kaedah diplomatik dan kaedah perundangan. Kaedah diplomatik tidak menghasilkan keputusan yang mengikat, manakala kategori perundangan menghasilkan keputusan yang mengikat. Antara jenis penyelesaian pertelingkahan secara damai tersebut, hanya timbang tara dan penyelesaian kehakiman yang mempunyai ciri kaedah perundangan. Jenis penyelesaian pertelingkahan yang lain adalah termasuk dalam kaedah diplomatik.
trucedamai sementaraSosiologiTiadaTiada
trucedamai sementaraSains PolitikTiadaTiada
trucedamai sementaraSejarahTiadaTiada
mediationusaha damai, pengantaraanPerubatanTiadaTiada
mediationusaha damai, pengantaraanSosiologiTiadaTiada
pacifistpencinta damaiSains PolitikTiadaTiada
mediationusaha damai, pengantaraanUndang-undangTiadaTiada
12345

Kembali ke atas