Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.mar] | دامر

Definisi : 1. bahan berupa getah keras yg diper­oleh drpd beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sbg bahan kalis air); ~ batu damar yg keras; ~ daging damar yg merah; ~ hitam damar yg hitam; ~ mata kucing damar yg gilap (berkilat) warnanya; 2. suluh dll (terutama yg memakai damar); 3. lampu, pelita; berdamar 1. memakai damar; 2. ki merah muka kerana marah (kena tampar dll): ~ muka budak itu ditempeleng abangnya; 3. = mendamar mencari (mengumpul) damar; mendamari menerangi; pedamaran 1. tempat mencari (tempat yg banyak) damar; 2. suluh drpd damar; pendamar orang-orang yg kerjanya mencari (mengumpul) damar: ~ telah kehilangan hutan utk mendamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mar] | دامر

Definisi : Mn sj tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri; degun sj tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sj tumbuhan (pokok), Canarium secundum; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Parashorea stellata; ~ minyak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), Agathis borneensis. berdamar bermain buah keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.mar] | دامر

Definisi : getah keras yg diambil dr beberapa jenis pokok: ~ batu damar yg keras; ~ daging damar yg berwarna merah; ~ hitam damar yg berwarna hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damar

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memecah damar atau pagu.

Bermaksud :

Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gum resindamar gamKimiaTiadaBahan lelehan aromatik daripada tumbuh-tumbuhan yang merupakan campuran damar dan gam. Damar gam larut di dalam alkohol dan damar. Damar gam ini digunakan untuk membuat bahan farmasi.
damardamarKesenianTiada1. Pengikat cat yang membolehkan warna melekat pada sesuatu permukaan.  2. Bahan getah yang diperoleh daripada tumbuhan tertentu, seperti Canarium secundum, Canarium hirusutum dan sebagainya yang digunakan sebagai bahan campuran lilin pembatikan. 3. Bahan kemasan tempa yang berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok (damar laut, damar batu, damar daging) yang digunakan sebagai bahan kalis air.
black damardamar hitamPerhutananTiadaTiada
damar minyakdamar minyakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMGR kayu Konifer. Nama piawai bagi kayu Agathis borneensis daripada famili Araucariaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah malayan kauri, di Sabah ialah mengilau, dan di Sarawak ialah bindang. Gubal kayu damar minyak tidak berbeza daripada teras kayunya, dan warna krim atau kadangkala coklat keemasan. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 580 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu konifer yang lembut dan ringan. Kayu damar minyak merupakan satu daripada kayu dagangan yang utama di Malaysia, dan digunakan dengan meluas dalam pembuatan venir hiasan, papan panel, kerja tanggaman yang bemutu tinggi, perabot, papan lukisan, dan kemasan dalaman.
damar pocketrongga damarPerhutananTiadaTiada
damar varnishvarnis damarKesenianTiadaVarnis yang disapukan pada lukisan cat minyak atau lukisan tempera yang telah cukup kering.
Dapur Damar MurubDapur Damar MurubKerisTiadaDapur yang mempunyai satu keluk di bahagian hujung mata dan tidak mempunyai belalai gajah.
resindamarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanEksudat yang diperolehi daripada pokok-pokok kayu terutamanya daripada famili Dipterocarpaceae. Damar ini tidak sekeras kopal, dan contoh yang paling penting ialah damar penak daripada pokok cengal, Neobalanocarpus hemii, dan damar kucing yang diperolehi daripada genus Hopea. Bahan ini banyak digunakan sebagai varnis dan gegala.
plastometerplastometerKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan untuk mengukur ciri-ciri aliran damar termoplastik dengan menolak damar lebur melalui bukaan acuan tertentu pada tekanan dan suhu tertentu.
Agathis borneensisDamar minyak, raja kayuPertanianTiadaTumbuhan jenis pokok dalam famili Araucariaceae juga dikenali sebagai raja kayu. Tumbuhan ini biasanya tumbuhan di kawasan hutan bukit dan gunung. Daunnya tebal berbentuk bujur dan urat daunnya selari. Damar berwarna perang gelap diambil daripada teras batang yang telah mati. Damar digunakan secara luaran untuk merawat luka dan memberhentikan pengaliran darah. Damar boleh dimakan untuk mengubati sakit perut, membuang angin dan merawat penyakit radang.
12345678910...

Kembali ke atas