Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(535)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
silikasilicaSebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2.Menengah Rendah
neutralneutralSifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat RajahSekolah Rendah
jantungheartOrgan berotot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jantung terbahagi kepada empat ruang yang dikenali sebagai atrium kiri dan kanan, dan ventrikel kiri dan kanan. Lihat RajahMenengah Rendah
asid hidroklorikhydrochloric acidAsid yang tidak berwarna, mengakis, larut dalam air, alkohol dan benzena, dan merupakan asid yang kuat. Asid hidroklorik digunakan dalam penurunan bijih, pemprosesan makanan dan sebagai bahan uji makmal. Formula HCl.Menengah Rendah
tenggilingpangolinSejenis haiwan yang bersisik pada badan dan bermuncung tirus dan panjang. Tenggiling memakan semut dan anai-anai. Badan tenggiling akan bergulung apabila terancam. Lihat RajahSekolah Rendah
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur.Menengah Rendah
loyangbrassAloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam.Menengah Rendah
aluminiumaluminiumUnsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan.Menengah Rendah
plasentaplacentaOrgan endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu.Menengah Atas
penyalaiansmokingProses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat RajahSekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas