Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Sayang selasih janganlah tinggi,
     Jikalaulah tinggi berdaun jangan;
Jika kekasih hendak pergi,
     Jika pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
hasil tambah puncasum of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß.Menengah Atas
hasil darab puncaproduct of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß.Menengah Atas
antejadianantecedentDalam implikasi "Jika p, maka q", pernyataan p ialah antejadian dan pernyataan q ialah akibat.Menengah Atas
penentudeterminantJika A = dan ad - bc ≠ 0, maka penentu bagi A ialah ad - bc. Penentu matriks A disimbolkan dengan |A|.Menengah Atas
teorem bakiremainder theoremTeorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a).Menengah Atas
logaritmalogarithmKaedah lain untuk menyatakan indeks satu nombor. Contohnya, jika P dinyatakan dalam bentuk cx, dengan c > 0 dan c ≠ 1, maka x ialah logaritma P dengan asas c. Ungkapan ini ditulis sebagai logcP = x.Menengah Atas
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
hukum segi tigatriangle lawHukum yang menyatakan bahawa jika dua vektor dan vektor , diwakili oleh dua sisi segi tiga dari magnitud dan arah maka hasil tambah vektor dan vektor diwakili oleh vektor , iaitu sisi ketiga segi tiga tersebut. Arah dan mestilah berterusan.Menengah Atas

Kembali ke atas