Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Sayang selasih janganlah tinggi,
     Jikalaulah tinggi berdaun jangan;
Jika kekasih hendak pergi,
     Jika pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf dan jika tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam satu ayat, adakah tajuk Bahasa Inggeris tersebut perlu diitalikkan? Contoh: “Knowledge Session: Aplikasi sunah dalam kehidupan seharian.”

Sekiranya perkataan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan tidak perlu diitalikkan. Maksud session dalam bahasa Melayu ialah sidang, sesi atau penggal. Manakala knowledge bermaksud pengetahuan. Maka terjemahan yang sesuai bagi Knowledge Session ialah Sesi Pengetahuan.

Makna12.02.2020
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan.Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan.Istilah02.08.2022
Adakah penggunaan 'tatkala' dalam ayat ini betul? Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka lihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Dan jika struktur ayat di atas boleh ditambah baik lagi, harap diberikan cadangan.Ayat yang lebih gramatis ialah:  Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka melihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Tatabahasa31.01.2020
ingin mendapatkan pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka untuk bahasa dalam banner.. dbp.jpeg adalah contoh banner or visual banner untuk promosi tahun ini.. tolong memberi comment dan jika boleh tolong kasi nasihat atau kelulusan untuk saya membuat perhantaran kepada mbpj
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain25.04.2017
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ.Menurut data kami, perkataan rabung ialah  1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Makna20.12.2018
Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut?Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP.Lain-lain13.09.2017
Selamat Pagi, saya sedang menjalankan kajian untuk menterjemah sebuah kuesioner ke Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya jika terdapat khidmat penterjemahan ke bahasa melayu dan jika terdapat khidmat tersebut, bolehkah saya mendapat sebut harga. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan.Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui nombor +603-9226 2506; +603-2144 2506.Lain-lain06.08.2019
Diskaun Hingga 30%Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.Lain-lain26.05.2017
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam.

1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin.

2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. –  Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam.

3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya.

4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain.

5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu.

Tatabahasa11.11.2020
Selamat sejahtera. Mohon periksa jika terjemahan berikut boleh diterima dan digunakan dan jika tidak, mohon berikan terjemahan yang boleh digunakan. Berikut merupakan istilah-istilah dalam bidang perubatan. Terima kasih. Live surgery - Pembedahan langsung Pipeline - Pelencong aliran darah Clipping - Menyepit Giant Aneurysm - Aneurisme besarSenarai padanan istilah yang puan senaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sehubungan dengan itu, ketepatan padanan istilah yang tersebut atau padanan lain tidak dapat kami berikan di sini.  Untuk makluman puan, penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Mohon puan dapat membekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan kepada Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.my atau sila hubungi 03-21479111.Istilah21.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas