Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan lain-lain

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(114)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bedok[b«.do/]kata kerjamemukul dengan menggunakan sesuatu seperti kayu, rotan dan lain-lain.Jangan degil, nanti mak bedok.[dZA.NAn d«.gil nAn.ti mA/ b«.do/]Jangan degil, nanti emak pukul.
nginci[Nin.tSi]kata kerjamewarnakan helaian-helaian daun mengkuang dan lain-lain untuk dibuat tikar.Aku baru nak melurut, kau dah nginci.[A.ku bA.Äu nA/ m«.lu.Äut kAw dAh Nin.tSi]Aku baru hendak melurut, engkau sudah mewarna.
geleme[g«.le.mE][g«.le.mE]sisa daging yang mengandungi lemak, urat, dan lain-lain.Geleme tu sedap juge buat dalca.[g«.le.mE tu s«.dAp dZu.g« bu.wAt dAl.tSA]Geleme tu sedap juga dibuat dalca.
begunyas[b«.gu.øAs]kata adjektifberkenaan kertas, tikar, kain dan lain-lain yang remuk.Abes sapan tikau aku, begunyas kau kejekan.[A.bes sA.pAn ti.kAw A.ku b«.gu.øAs kAw k«.dZ«.kAn]Habis jahanam tikar aku, hancur engkau kerjakan.
terak[t«.ÄA/]kata adjektifberkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh.Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni?[b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni]Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni?
tebengai[t«.b«.NAj]kata adjektifberkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebahai.Takde sape pakai, abes tebengai aje basikal tu.[tA/.d« sA.p« pA.kAj A.bes t«.b«.NAj A.dZ« bA.si.kAl tu]Tiada sesiapa menggunakannya, terbiar sahaja basikal itu.
lense[len.sE]kata kerjamemasak makanan dengan meratakannya supaya menjadi nipis contohnya lempeng, telur dan lain-lain.Kau lense aje tepong tu buat lempeng![kAw len.sE A.dZ« t«.poN tu bu.wAt lem.peN]Engkau lense sahaja tepung itu untuk dibuat lempeng!
beposak-posak[b«.po.sA/.po.sA/]kata kerjaberhempas pulas untuk menyelesaikan sesuatu kerja seperti majlis kenduri dan lain-lain.Lepas kenduri, beposak-posak le kite.[l«.pAs k«n.du.Äi b«.po.sA/.po.sA/ l« ki.t«]Selepas kenduri berhempas pulaslah kita.
pecah mate[p«.tSAh mA.t«] berkenaan mata anak haiwan seperti burung, kucing dan lain-lain yang baru boleh dibuka setelah beberapa hari dilahirkan.Hah, dah pecah mate pon anak kuceng yang ni![hAh dAh p«.tSAh mA.t« pon A.nA/ ku.tSeN jAN ni]Hah, sudah pecah pun mata anak kucing yang ini!
orang pangkal[o.ÄAN pAN.kAl] keluarga terdekat yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis perkahwinan seperti mendirikan khemah, dan lain-lain.Aku ni orang pangkal memang le sebok.[A.ku ni o.ÄAN pAN.kAl m«.mAN l« se.bo/]Aku ini keluarga terdekat, memanglah sibuk.
1234

Kembali ke atas