Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan lain-lain

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(114)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
carta palangbar chartGambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat dan lain-lain dalam bentuk jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar. Lihat ContohMenengah Rendah
carta paipie chartGambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan. Lihat ContohMenengah Rendah
ukuran paducubic measurementUkuran jumlah isi padu yang menggunakan unit meter padu, sentimeter padu dan lain-lain.Menengah Rendah
garis selariparallel linesGaris-garis lurus yang sama jaraknya antara satu sama lain dan tidak bersilang atau bertemu. Lihat ContohSekolah Rendah
operasi songsanginverse operationOperasi yang menukar semula kesan suatu operasi yang lain. Darab dan bahagi serta tambah dan tolak merupakan pasangan operasi yang saling bersifat songsang.Menengah Atas
tukaranexchangeProses memberikan sesuatu benda kepada seseorang dan menerima sesuatu benda lain yang sama nilainya.Sekolah Rendah
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
tidak kurang daripadanot less thanPerihal nilai suatu nombor yang melebihi suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak kurang daripada 2.Menengah Rendah
tidak lebih daripadanot more thanPerihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5.Menengah Rendah
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
123

Kembali ke atas