Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan lain-lain

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain mangkuk lain cawan.

Bermaksud :

Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(114)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain mangkuk lain cawan.Tidak sama pembawaan dan kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.Dua orang yang sama rupa dan perjalanannya tetapi budi pekertinya berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan pisang berbuah dua kali.Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam lepas bertaji.Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas