Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan sebagainya

Peribahasa

Menohok sepeninggal ciling.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. ciling = babi hutan.

 

Lihat selanjutnya...(92)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih.Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menohok sepeninggal ciling.Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. ciling = babi hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bunyi siamang kenyang.Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhakim kepada beruk.Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beranak tiada berbidan.Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bau busuk tidak berbangkai.Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjolok sarang tabuan.Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasuh najis dengan mala.Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai cacing gila.Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai beruk kena ipuh.Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya). ipuh = racun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas