Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.na] | دانا

Definisi : 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh peme­gang amanah; ~ asing dana amanah yg kese­luruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak peme­gang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pela­buran yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk mem­buat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt mem­beli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.na] | دانا

Definisi : kumpulan wang utk sesuatu tujuan: Satu ~ utk membantu pelajar-pelajar miskin telah ditubuhkan. mendanai menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dana

Puisi
 

Kalau cik tuan selasih dana,
     Cik Tom bertali tiga;
Kalau cik tuan kasihkan kami,
     Jangan diragut dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin tahu jika perkatan 'didanakan' boleh digunakan atau tidak. Terima kasih.Selamat petang,
Untuk makluman tuan/puan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana. Sekian, terima kasih.
Istilah09.06.2016
Salam Sejahtera. Saya telah berusaha mencari jawapan untuk soalan ini namun tidak berjaya. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Bolehkah perkataan 'dana' digunakan sebagai kata kerja seperti 'mendanai'? Jika begitu betulkah penggunaan perkataan 'pendana' untuk merujuk kepada orang yang mengeluarkan dana?Untuk makluman tuan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana.Tatabahasa19.11.2013
Dana PIBN - Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316)

Salam sejahtera puan budiman,

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN)

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya.

             Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan.  Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan  kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani  dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my.

 

 

MOHD BIN  AMRAN DAUD

Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan

No. Tel.: 03-2147 9497

E-mel: amran2@dbp.gov.my

Tarikh: 5 November 2019


Sekian, terima kasih.

Lain-lain25.10.2019
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut.Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd.Tatabahasa17.07.2012
Saya hendak bertanya penggunaan istilah 'pengembangan ekonomi' adakah boleh digunakan? Jika istilah 'pengembangan dana' adakah ia sesuai? Ayat contoh 'Pengembangan ekonomi dari dana masjid di Negeri Pahang'.Perkataan "pengembangan ekonomi" boleh digunakan. Ayat contoh yang diberikan perlu dibetulkan, iaitu "Pengembangan ekonomi daripada dana masjid di negeri Pahang".Tatabahasa25.08.2014
Apakah terjemahan bagi frasa "sovereign wealth fund", iaitu dana pelaburan sebuah negara, seperti Khazanah Nasional. Padanan "sovereign wealth fund" dalam bahasa Melayu ialah "dana kekayaan negara".Makna06.05.2020
Salam, Betulkah ayat ini? Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang.Ayat "Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang " betulTatabahasa30.07.2018
Salam DBP, Betulkah ayat ini? Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang.Ayat "Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang" betul.Tatabahasa30.07.2018
Mohon pandangan / perbetulkan kesilapan dalam ayat di bawah tentang penggunaan perkataan masing-masing: Syarikat A, B dan C masing-masing adalah merupakan penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini. atau Syarikat A, B dan C masing-masing adalah salah satu penyumbang untuk dana pembinaan dewan ini.Ayat yang betul ialah “Syarikat A, B dan C merupakan penyumbang dana untuk pembinaan dewan ini.”Tatabahasa08.06.2023
Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316)

Salam sejahtera puan budiman,

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN)

Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya.

             Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan.  Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan  kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani  dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my.

 

 

MOHD BIN  AMRAN DAUD

Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan

No. Tel.: 03-2147 9497

E-mel: amran2@dbp.gov.my

Tarikh: 5 November 2019


Sekian, terima kasih.

Lain-lain25.10.2019
123456

Kembali ke atas