Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.na] | دانا

Definisi : 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh peme­gang amanah; ~ asing dana amanah yg kese­luruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak peme­gang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pela­buran yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk mem­buat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt mem­beli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.na] | دانا

Definisi : kumpulan wang utk sesuatu tujuan: Satu ~ utk membantu pelajar-pelajar miskin telah ditubuhkan. mendanai menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dana

Puisi
 

Kalau cik tuan selasih dana,
     Cik Tom bertali tiga;
Kalau cik tuan kasihkan kami,
     Jangan diragut dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tataurusan Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20?? 
Taklimat Dana Penggerak Industri Buku NegaraPusat Dokumentasi MelayuTiada2007 
Taklimat Dana Penggerak Industri Buku NegaraDewan Bahasa dan Pustaka29 August 20072007 
Pelancaran Buku Dana Industri Buku Negara 200 judul Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009Dewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Kaedah pengagihan dana zakatInstitut Kefahaman Islam MalaysiaTiada2001983-9099-74-4
Sumbangan kepada Dana Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta 1996-1998Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1996 
Taklimat Umum dan Taklimat Dana Mata Pelajaran Program Penerbitan Buku Teks KBSR Kegunaan Mulai tahun 2007Pusat Dokumentasi MelayuTiada2005 
Simpai bahasa IIIDana GuruTiada1956 
Tangisan bulan maduDana GuruTiada2001983-9459-25-2
Pedoman simpai bahasa IDana GuruTiada[19??] 
12

Kembali ke atas