Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.na] | دانا

Definisi : 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh peme­gang amanah; ~ asing dana amanah yg kese­luruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak peme­gang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pela­buran yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk mem­buat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt mem­beli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.na] | دانا

Definisi : kumpulan wang utk sesuatu tujuan: Satu ~ utk membantu pelajar-pelajar miskin telah ditubuhkan. mendanai menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dana

Puisi
 

Kalau cik tuan selasih dana,
     Cik Tom bertali tiga;
Kalau cik tuan kasihkan kami,
     Jangan diragut dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
master funddana indukKewanganTiadaKompleks dana yang mengumpulkan dana daripada pelabur dan kemudiannya melaburkan dana-dana tersebut ke pelbagai pasaran sebelum menyerahkan semula keuntungan kepada pelabur.
mixed Islamic funddana Islam bercampurEkonomiEkonomi IslamDana yang terdiri daripada pelbagai jenis pelaburan seperti ekuiti, sewaan, sukuk dan komuniti. Dana ini boleh dikategorikan sebagai dana boleh runding dan dana tertutup. Dalam dana boleh runding, pelaburannya mengandungi lebih 50% aset ketara sementara dana mudah tunai serta hutang kurang daripada 50%. Dana tertutup pula mengandungi kurang daripada 50% aset ketara dan dana mudah tunai serta hutang melebihi 50%.
go-go funddana agogo/dana spekulatifPentadbiran PerniagaanTiadaGelaran yang diberikan kepada dana amanah yang mengkhusus dalam sekuriti yang bersifat spekulatif.
go-go funddana agogo/dana spekulatifEkonomiTiadaTiada
big boyspelabur besarPentadbiran PerniagaanTiadaPengurus portfolio yang menguruskan dana yang besar, misalnya Unit Amanah, Dana Insurans, Dana Pencen dan lain-lain.
hedge funddana perlindunganEkonomiTiadaDana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek.
disintermediationpenyahantaraanPentadbiran PerniagaanTiadaCorak aliran dana iaitu pelabur mengeluarkan dana daripada perantara kewangan, seperti pinjaman dan simpanan bank, kerana kadar faedah pasaran melebihi kadar faedah maksimum yang diberikan oleh organisasi. Pelabur akan melaburkan semula dana mereka dalam aset kewangan yang memberikan kadar faedah yang tidak tertakluk kepada had tertentu.
loanable funddana boleh pinjamEkonomiTiadaDana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank.
endowment funddana tetapEkonomiTiadaDana yang dikelola oleh sebuah lembaga untuk tujuan sosial yang ditetapkan oleh penyumbang dana dan pengurus lembaga.
Islamic unit trust schemeskim unit amanah IslamEkonomiEkonomi IslamDana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah. Skim ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berkhidmat dengan syarikat pembrokeran Islam. Bagi memastikan perlaksanaan skim ini mematuhi prinsip syariah, syarikat dikehendaki melantik jawatankuasa penasihat syariah. Keperluan melantik jawatankuasa ini terkandung dalam garis panduan Dana Unit Amanah. Contoh skim unit amanah Islam ialah dana ekuiti Islam, dana bon Islam dan dana KLSI. Sinonim unit amanah Islam.
12345678910...

Kembali ke atas