[dang.dut] | دڠدوت
Definisi : 1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kumpulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dang.dut] | دڠدوت
Definisi : irama muzik yg melebihkan bunyi gendang: ~ masih mempunyai peminat pd masa kini. berdangdut menari dangdut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)