Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dang.dut] | دڠدوت

Definisi : 1. irama lagu pop Melayu (yg mele­bihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kum­pulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh ber­disko atau ~, semuanya ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dang.dut] | دڠدوت

Definisi : irama muzik yg melebihkan bunyi gendang: ~ masih mempunyai peminat pd masa kini. berdangdut menari dangdut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangdut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DANGDUT

DANGDUT, sejenis irama lagu hasil percantuman antara lagu Melayu tradisional jenis inang dengan irama lagu Hindi. Irama ini berasal dari daerah Deli, Sumatera, Indonesia. Perkataan ‘dang’ dan ‘dut’, yang seakan-akan bunyi paluan gendang yang digunakan dalam lagu jenis ini, pada asalnya digunakan orang sebagai ejekan semata-mata, tetapi lama-kelamaan diterima umum sebagai nama irama jenis ini.

    

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas