Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata pemeri yang sesuai digunakan bersama dengan kata bantu dapat? ialah dapat atau adalah dapat?Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan penjelasan terperinci tentang persoalan bahasa MelayuTatabahasa05.05.2023
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata bantu dapat dan boleh. Dapat dan boleh membawa maksud keupayaan. Kata bantu boleh juga digunakan untuk mendapat keinginan. Sila berikan nasihat tentang ayat berikut:~ Soalan Peperiksaan kertas Model PT3- "Anak saya berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikal," kata Pak Ali kepada Pak ABu. Pilihan yang ada A. Sudah mahu menunggang basikal B. Dapat sudah menunggang basikal C. sudah dapat menunggang basikal D. Sudah boleh menunggang basikal Jawapan yang disediakan dalam buku kertas model PT3 untuk soalan ini ialah sudah dapat menunggang basikal.Perjelasan: Frasa kerja sudah boleh menunggang salah kerana penggunaan kata bantu boleh sepatutnya menjadi dapat yang bermaksud berupaya menunggang basikal. Persoalannya ialah boleh dan dapat sebenarnya boleh digunakan untuk menunjukkan keupayaan dan kebolehan. Adakah jawapan yang diberikan itu betul . Apakah jawapan yang lebih tepat? Sila berikan nasihat. Terima kasih.Kedua-dua perkataan dapat dan boleh bermaksud berkeupayaan atau berpeluang untuk melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang tepat bergantung pada konteks ayat. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah  Anak saya yang berusia empat tahun itu sudah boleh menunggang basikalTatabahasa16.11.2021
Mengapakah rakan kongsi boleh dapat pendapat walaupun mereka dapat memeriksa rekod dan akaun perniagaan ?Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain21.11.2021
“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Lain-lain03.02.2022
Boleh tanya soalan? Apakah terjemahan yang sewajarnya untuk perkataan "invincible" atau "undefeated"....? . Sebab ingin menterjemah sesuatu dokumen daripada Inggeris kepada Bahasa Melayu untuk satu laman web....Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud invincible ialah tidak dapat dikalahkan, tidak dapat digoncang atau tidak dapat dikikis manakala undefeated ialah tidak kalah atau tewas.Makna14.12.2017
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020.Tatabahasa06.04.2020
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
Yg mana betul? 1. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru. 2. dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dan guru-guruFrasa yang betul ialah: dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid dengan guru-guru. Tatabahasa30.08.2023
Faedah-Faedah bersukan dalam kalangan murid IALAH DAPAT....... atau Faedah-faedah bersukan dalam kalangan murid ADALAH DAPAT...... yang mana betul?Faedah bersukan dalam kalangan murid dapat menyihatkan tubuh badan. Kata pemeri ialah/adalah tidak perlu hadir dalam ayat ini.Tatabahasa17.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas