Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat diisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liposomeliposomFizikNanoteknologiKantung halus yang terdiri daripada dua lapisan lipid. Liposom dapat diisi dengan drug dan digunakan untuk memindahkan drug ke sel yang berpenyakit.
interconnected porepori saling bersambunganKejuruteraanPetroleumPori yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pori-pori jiran. Jika pori ini diisi dengan bendalir, bendalir tersebut dapat bergerak atau mengalir dari satu pori ke pori tersebut. Pori jenis ini sangat bererti dalam industri minyak kerana minyak yang dapat dikeluarkan ke permukaan wujud dalam pori ini.
evapotranspirometerevapotranspirometerSainsHidrometeorologiAlat untuk mengkur kadar sejatpeluhan. Alat ini terdiri daripada tangki yang diisi tanah dengan tanaman dan direka sedemikian rupa supaya semua air yang dimasukkan ke dalamnya dan semua baki air yang tertinggal setelah penyejatpeluhan dapat diukur.
honeypotumpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKimiaTiadaPenyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat
bean-bag dental chairkerusi pergigian beg kekacangPergigianTiadaKerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya.
cable glandsesendal kabelTeknikElektrikPemasangan kabel bawah tanah sebelum memasuki kotak atau peralatan. Dengan adanya alat ini, kabel seolah-olah diskrukan pada kotak peralatan; dengan itu tarikan mekanik terhadap kabel diambil alih oleh sarung perisai kabel, bukannya teras atau pengalir. Sesendal kabel juga dapat menjamin keterusan bumi di antara sarung kabel dengan kotak peralatan. Bahan palam akan diisi ke dalam kotak bagi memberikan perlindungan kalis habuk, wap, cuaca, air, dan kebakaran atau kedap minyak. Biasanya sesendal mempunyai bahagian luar yang berulir untuk membolehkannya masuk ke lubang pembuluh dan mempunyai klip bulat untuk pelarasan kabel.
self-watering containersbekas pengairan sendiriPertanianAgroteknologiSet bekas dan pasu yang digunakan supaya pengairan tidak perlu dilakukan dengan kerap. Pasu perlu mengandungi medium atau tanah, dan terdapat lubang-lubang yang boleh dilalui air di bahagian bawah pasu tersebut. Pasu ini diletakkan di atas suatu bekas yang mengandungi air yang bertakung. Air diserap ke dalam medium melalui sumbu (kain, tali) supaya sentiasa lembap dan akar pokok dapat menyerap air. Bekas tersebut hanya perlu diisi air kira-kira seminggu sekali. Singkatan SWC. Sinonim autopasu.

Kembali ke atas