Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat dilihat

Puisi
 

Sayang Simanggang dipukul ribut,
     Dipukul dia tebing seberang;
Dulu dilihat dapat direbut,
     Sekarang abang kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Putih kapas boleh dilihat,
     putih hati berkeadaan.

Bermaksud :

Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud?Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat.
Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.
Makna09.01.2013
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
apakah maksud leksikal.bagaimanakah makna dapat dilihat melalui aspek leksikalBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya).Makna08.10.2011
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat di papan kenyataan sekolah. A Sudahkah diumumkan maklumat tentang pertandingan itu ? B Bagaimanakah kita dapat ketahui maklumat tentang pertandingan melukis itu ?Ayat yang betul "Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat pada papan kenyataan sekolah". Manakala, soalan yang sesuai "Bagaimana kita dapat mengetahui maklumat tentang pertandingan melukis itu?".Tatabahasa22.08.2015
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012
Assalamualaikum, mohon semakan ejaan jawi.Tuan, visual yang dilampirkan tidak dapat dilihat. Mohon lampirkan visual yang lain.Lain-lain06.05.2020
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK

Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

Lain-lain07.08.2010
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.
2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina.
3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan.
Tatabahasa23.07.2012
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak...Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan".  Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi.

Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul.
Lain-lain21.08.2014
apakah perbezaan antara sifat dan sikap?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sifat bermaksud keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat manakala sikap pula membawa maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dan lain-lain).
.
Makna27.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas