Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat dilihat

Puisi
 

Sayang Simanggang dipukul ribut,
     Dipukul dia tebing seberang;
Dulu dilihat dapat direbut,
     Sekarang abang kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Putih kapas boleh dilihat,
     putih hati berkeadaan.

Bermaksud :

Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unsightedtidak dapat dilihatSukanTiada1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung.
visibilityketampakanSainsHidrometeorologiJarak terjauh sesuatu benda yang mempunyai ciri tertentu dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam, benda itu dapat dilihat dan dikenali sekiranya tahap pencahayaan umum disamakan dengan aras hari siang biasa. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter atau ela, manakala ketampakan tinggi dalam kilometer atau batu. Laporan ketampakan umumnya merujuk ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik.
visibilityketampakanMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak terjauh sesuatu objek yang mempunyai ciri tertentu yang dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam sesuatu objek dapat dilihat dan dikenali sekiranya aras pencahayaan umum disamakan dengan aras pencahayaan hari siang. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter, dan ketampakan tinggi dalam kilometer. Laporan ketampakan umumnya merujuk kepada ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik.
silent allelealel senyapSains ForensikTiadaAlel yang tidak dapat dilihat di bawah sistem pengujian DNA yang digunakan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh mutasi pada tapak ikatan primer dan menyebabkan keciciran alel. Alel ini mungkin dapat dilihat dengan menggunakan primer lain. Sinonim alel nul. Lihat juga keciciran alel.
incipient carieskaries insipienPergigianTiadaKaries di peringkat awal yang melibatkan enamel. Ia kelihatan sebagai tompok putih dan dapat dilihat jika gigi dikeringkan. Tompok putih ini disebabkan dimineralisasi enamel. Karies ini dapat dilihat sebagai kawasan radiolusen yang pudar. Proses remineralisasi boleh berlaku pada karies ini jika tindakan pencegahan dan penjagaan kesihatan mulut dipertingkatkan.
synodic periodtempoh sinod/tempoh qamariMatematikTiadaWaktu purata di antara ijtimak dua planet yang berturut-turut seperti yang dapat dilihat dari bumi, atau di antara ijtimak satelit dengan matahari yang berturut-turut seperti yang dapat dilihat dari satelit utamanya.
blogblogTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari atau jurnal secara elektronik. E-diari atau e-jurnal ini dapat dilihat oleh pengguna web lain ataupun dijadikan tapak yang cuma dapat dilihat dengan memasukkan nama pengguna d
macrostructuremakrostrukturGeologiTiada1. Susunan umum hablur-hablur di dalam logam pepejal seperti yang dapat dilihat dengan mata kasar atau pada pembesaran yang rendah.,2. Struktur logam seperti yang diperlihatkan melalui pemeriksaan pada permukaan terpunar bagi sesuatu spesimen tergilap pada pembesaran yagn tidak melebihi 10 diameter.,3. Featur struktur sesuatu batuan yang dapat dilihat dengan mata kasar atau dengan bantuan pembesar ringkas.
Jarisch-Herxheimer reactiontindak balas Jarisch-HerxheimerFarmasiFarmakologiTindak balas imunologi yang dapat dilihat dalam jangka masa pendek selepas pemberian antibiotik pada peringkat awal dan akhir beberapa penyakit. Antara gejala tindak balas ini ialah demam, menggeletar, sakit kepala, mialgia dan lesi pada bahagian kulit yang teruk, disebabkan oleh pembebasan bahan toksik atau antigenik oleh mikroorganisma. Tindak balas ini dapat dilihat pada pesakit si1ilis primer dan sifilis sekunder.
toxic manifestationmanifestasi toksikVeterinarTiadaTanda-tanda ketoksikan yang dapat dikesan pada ternakan sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Antara tanda luaran yang dapat dilihat ialah pertumbuhan ternakan terjejas, kurang selera makan, kurus, mengasingkan diri, lemah, anemia, jaundis, diarea, berjalan terhoyong-hayang, separa buta, hilang koordinasi, muntah, kencing berdarah, pengeluaran air liur berlebihan, rebah, koma dan boleh menyebabkan kematian. Manakala tanda ketoksikan dalaman pula dapat dilihat selepas ternakan dibedah siasat. Antara tandanya ialah nekrosis pada hepar dan ginjal, jaundis, permukaan dalaman saluran pencernaan dan pernafasan kelihatan abnormal atau berdarah dan pengumpulan lemak secara berlebihan pada organ tertentu. Walau bagaimanapun, jika sesuatu keracunan berlaku pada ternakan, tidak semua tanda ini dapat dilihat kerana sesetengahnya khusus untuk keracunan tertentu sahaja. Lihat juga mineral toksik.
12345678910...

Kembali ke atas