Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dar] | دار

Definisi : Ar (dlm kata majmuk) tempat kediaman, daerah, negeri (negara), alam; ~ al-baqa tempat yg baqa (iaitu akhirat); ~ al-fana tempat yg tidak kekal (iaitu dunia); ~ al-harab negara yg belum memeluk agama Islam; ~ al-Islam negara yg sudah memeluk agama Islam; ~ al-jalal syurga yg terindah; ~ al-salam a) alam yg aman; b) syurga ketujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dar] | دار

Definisi : ; ~-dor = ~-dur Jk berdetasan, ber­dentuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan dar bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Mohon nasihat dari segi penggunaan kata dan struktur ayat dalam bahasa melayu. Lampiran di di bawah.Lampiran yang diberi tidak dapat dibuka. Untuk makluman puan, untuk menterjemahkan kata demi kata tuan boleh menggunakan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan puan akan peroleh data daripada kamus, istilah dan lain-lain.Lain-lain09.12.2014
Saya sedang membuat penyelidikan untuk ijazah kedoktoran. Saya perlukan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan penterjemahan kembali dar Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Sila maklumkan bayaran yang dikenakan dan masa yang diambil untuk penterjemahan. Soal silidik adalah lebih kurang tiga muka surat.Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain11.08.2014
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi PENGEDAR BAHAN-BAHAN BINAAN
1. Rangkai kata yang betul ialah PENGEDAR BAHAN BINAAN

2. [pe.ngé.dar] ڤڠيدر

3. [ba.han] | باهن
4. [bi.na.an] | بيناءن
Lain-lain17.12.2019
salam sejahtera tuan. Soalan berikut patut menggunakan 'dari' atau daripada': 1. Dia baru pulang dari / daripada lawatan ke Jepun. sekian, terima kasihYang betul ialah Dia baru pulang dari lawatan ke Jepun. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, sumber atau asal kejadian dan sebagainya.Tatabahasa17.02.2012
Nurul Syuhada Nov 15th, 12:48pm Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf,saya ada pertanyaan. DBP tak ada menganjurkan pertandingan atau penghasilan karya ke tahun ni atau tahun seterusnya? zulaiqasyuhada@gmail.comPuan boleh melayari laman DBP http://www/dbp.gov.my dar semasa ke semasa untuk mengetahui pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh DBP termasuk pertandingan.Lain-lain15.11.2014
Saudara, Saya harap saudara dapat membantu saya tentang fonologi dalam Bahasa Melayu. 1. Sebutan yang betul bagi perkataan 'elak' selepas ditambah imbuhan 'meng' disebut 'me+nge+lak' atau 'meng+e+lak'. 2. Bagaimana pula contoh-contoh kes yang sama bagi perkataan akar atau dasar lain yang bermula dengan vokal. Bantuan yang dihulurkan saya rakamkan ribuan terima kasih.Sebutan yang betul ialah me.nge.lak dan me.nga.rah. Untuk makluman, kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: me.nga.rah, me.nge.dar, me.ngi.kut, pe.nga.rah, pe.nge.dar, pe.ngi.kut.Ejaan19.09.2012
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PENGEDAR PAM AIR
Salam sejahtera,

Berikut disertakan perkataan tersebut dalam tulisan jawi. Sekiranya tuan/puan ingin mencari perkataan dalam tulisan jawi mengikut standard DBP yang betul, bolehlah melayari prpm.dbp.gov.my.


[pe.ngé.dar]|ڤڠيدر  [pam] |ڤم
Ejaan20.12.2019
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasihUntuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan.Lain-lain24.02.2017

Kembali ke atas