Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
virginadj 1. pure and chaste, dara, perawan; 2. befitting a virgin, spt seorang /dara, perawan/: ~ modesty, kesopanan spt seorang dara; 3. pure and untouched, murni: the ~ snow, salji murni; 4. (of soil) unused, asal; 5. (of forest) in the natural state, dara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
virginal1adj 1. remaining in a state of virginity, masih /(anak) dara, perawan/: a woman who is pure and ~, perempuan yg suci dan masih dara; 2. befitting a virgin, spt seorang /dara, perawan/: ~ pureness, kesucian spt seorang dara; 3. pristine, suci: ~ white, putih suci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maidenly, maidenlikeadj like a maiden, spt anak dara: a ~ blush, muka memerah spt anak dara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maidenhoodn 1. time when a woman is a virgin, masa sso masih dara: thoughts and feelings of ~, fikiran dan perasaan masa sso masih dara; 2. see MAIDENHEAD (sense 2.).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
virginityn dara, keperawanan: she had lost her ~ dia telah kehilangan daranya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pulletn ayam dara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hymenn selaput dara, himen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girlhoodn zaman /gadis, anak dara/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gilt 2 n babi dara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deflorationn depriving of virginity, memecahkan dara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas