Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virgin oilminyak daraHerbaTiadaMinyak tetap yang diperoleh daripada bahan herba secara perahan atau kaedah perahan mekanikal lain yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan haba. Contohnya, minyak zaitun dara dan minyak kelapa dara.
imperforate hymendara tak berliangPerubatanTiadaSelaput dara yang tidak mempunyai liang kecil yang lazimnya terdapat pada dara yang normal. Keadaan ini menghalang pengaliran keluar darah haid.
زوال البكرhilang daraAgama IslamFiqhHilang dara dengan sebab perhubungan jenis.
imperforate hymenhimen imperforatPerubatanTiadaSelaput dara yang tidak mempunyai liang kecil yang lazimnya terdapat pada dara yang normal.
virgindaraFizikTiadaTiada
virgindaraPerubatanTiadaTiada
virgindaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
البكرdaraAgama IslamFiqhPerempuan yang belum berkahwin atau yang belum disetubuhi.
hymendaraPerubatanTiadaSelaput yang menutupi liang faraj, yang biasanya mempunyai liang kecil yang membolehkan darah haid keluar melaluinya.
pulletayam daraPertanianTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas