Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.rab]/[da.rab] | ضرب

Definisi : 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.rab]/[da.rab] | ضرب

Definisi : ; kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung utk menggandakan sesuatu angka (spt 2 × 4 = 8). mendarab membuat hitungan darab; mengali. mendarabkan mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? daraban nombor yg dpt dibahagikan dgn sesuatu angka tanpa baki: 10 ialah ~ 5; 4 ialah ~ 2. pendaraban perbuatan (proses dsb) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yg besar spt itu amat sukar. pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain; pengali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darab


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sifir darabtimes table/multiplication tableSenarai kira darab nombor. Fakta asas darab ialah dari sifir darab 1 hingga 9. Lihat ContohSekolah Rendah
darabmultiplyProses menambahkan sesuatu nombor yang sama berulang kali. Simbol darab ialah ×.Sekolah Rendah
hasil darabproductNilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, hasil darab 30 × 2 ialah 60.Menengah Atas
hasil darabproductNombor atau jumlah yang diperoleh apabila mendarabkan dua nombor atau lebih. Contoh, hasil darab 2 dengan 8 ialah 16.Sekolah Rendah
hasil darabproductNilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, 10 × 2 = 20, 20 ialah hasil darab.Menengah Rendah
hasil darab puncaproduct of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß.Menengah Atas
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
darabmultiplyKaedah menambahkan satu angka yang sama beberapa kali. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol x. Contohnya, 3 + 3 + 3 + 3 + 3 = 5 x 3 .Menengah Rendah
darab silangcross-multiplyKaedah menulis semula sesuatu persamaan dengan mendarab secara bersilang. Lihat ContohMenengah Atas
darab silangcross-multiplyKaedah menulis semula sesuatu hubungan dengan mendarab pengangka dengan penyebut secara bersilang. Lihat ContohMenengah Rendah
123

Kembali ke atas