Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak kandung; 2. kaum kerabat sendiri; mendarah daging menjadi sebati: dia masih ingat pepatah yg telah ~ dgn bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kaum kerabat atau saudara sendiri. 2 perbuatan atau pekerjaan yg sudah menjadi biasa. mendarah daging, = menjadi darah daging sudah meresap dlm sanubari (jiwa); menjadi biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah daging

Puisi
 

Rebah jatuh ke tanah merah,
     Kerana terhempas pada tanah;
Inikan pula daging darah,
     Menjemput tuan naik ke rumah.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami.  Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga.Istilah25.11.2014
Padanan perkataan atau istilah seperti yang berikut telah ditukar: Meat or fresh meat 141. (1) Meat or fresh meat shall be the edible part of the skeletal muscle of an animal, other than fish, that is normally used for human consumption and that was healthy at the time of slaughter. It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs. Daging atau daging segar 141. (1) Daging atau daging segar hendaklah bahagian boleh makan daripada otot rangka sesuatu binatang, selain ikan, yang biasanya digunakan untuk makanan manusia dan yang sihat pada masa penyembelihannya. Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Adakah padanan yang digunakan adalah bersesuaian bagi accompanying, sinew, nerve, dressing dan edible organ?Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

accompanying - sertaan
sinew - sinew; tendon
nerve - saraf
dressing - pelapahan
edible organ - organ boleh dimakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.06.2021
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011

Kembali ke atas