Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak kandung; 2. kaum kerabat sendiri; mendarah daging menjadi sebati: dia masih ingat pepatah yg telah ~ dgn bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kaum kerabat atau saudara sendiri. 2 perbuatan atau pekerjaan yg sudah menjadi biasa. mendarah daging, = menjadi darah daging sudah meresap dlm sanubari (jiwa); menjadi biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah daging

Puisi
 

Rebah jatuh ke tanah merah,
     Kerana terhempas pada tanah;
Inikan pula daging darah,
     Menjemput tuan naik ke rumah.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.
Kurik Kundi Merah SagaRebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak enggang kelima-lima, Ingat-ingat tanda merah; Anak dagang saya terima, Ini pula daging darah.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaTetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging.
Kurik Kundi Merah SagaBulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging.
Kurik Kundi Merah SagaBuah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging.

Kembali ke atas