Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak kandung; 2. kaum kerabat sendiri; mendarah daging menjadi sebati: dia masih ingat pepatah yg telah ~ dgn bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kaum kerabat atau saudara sendiri. 2 perbuatan atau pekerjaan yg sudah menjadi biasa. mendarah daging, = menjadi darah daging sudah meresap dlm sanubari (jiwa); menjadi biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah daging

Puisi
 

Rebah jatuh ke tanah merah,
     Kerana terhempas pada tanah;
Inikan pula daging darah,
     Menjemput tuan naik ke rumah.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beef extractekstrak daging lembuSosiologiTiadaEkstrak yang diperoleh daripada daging atau darah lembu.
poultry waste)buangan poltriVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada pemprosesan daging ayam. Hasil ini terdiri daripada kepala, kaki, bulu, tulang, darah dan ofal ayam. Kesemua bahan ini diproses, dikeringkan dan dikisar untuk dijadikan sumber protein ternakan. Kandungan proteinnya ialah 30-40%, dan berkualiti tinggi. Kandungan kalsiumnya pula ialah 10-12% dan fosforus 5-6%. Bahan ini sesuai digunakan sebagai makanan ternakan ruminan dan bukan ruminan.
goutgoutMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan asid tersebut terkumpul dalam darah dan bendalir tisu. Asid urik mungkin termendap disebabkan oleh luka kecil, pengambilan alkohol berlebihan, pembedahan, keletihan, gangguan emosi, jangkitan atau pengambilan ubat insulin dan penisilin. Pengambilan makanan yang mengandungi bes tinggi seperti makanan laut, organ dalaman, dan daging merah boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam darah berlebihan. Tanda-tanda penyakit ini termasuk bengkak dan sakit kuat di bahagian sendi kaki dan tangan terutamanya di ibu jari kaki.
amino acidasid aminoMakanan dan PemakananPemakananSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Selain itu, terdapat juga asid amino yang mengandungi sulfur, contohnya, sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Asid amino diperoleh daripada sumber makanan seperti telur, daging, ikan dan susu. Terdapat dua jenis asid amino, iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.

Kembali ke atas