Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daratan

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya membina istana pasir di persisiran pantai.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna pesisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala perkataan pantai bermaksud  tebing atau tepi laut. Oleh yang demikian,  ayat yang lebih tepat  ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. Tatabahasa10.08.2009
adakah ayat ini betul? Saya membina istana pasir di persisiran pantai.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala makna pantai ialah tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar). Oleh yang demikian ayat yang lebih tepat ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. 

Tatabahasa10.08.2009
Adakah perkataan "Luagan" masih digunakan dalam Bahasa Melayu sekarang (moden)?Selamat ptg.

Luagan bermaksud kawasan takungan air yg dikelilingi daratan (kecil sedikit drpd tasik)- Kamus Dewan Edisi Keempat
Istilah18.08.2016
Apakah takrifan atau terjemahan yang sesuai untuk istilah "extra-terrestrial" yang digunakan dalam bidang angkasa?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "extraterrestrial" bermaksud makhluk/luar angkasa atau asing. Menurut istilah fizik, padanannya ialah luar daratan.
Oleh itu, penggunaan istilah bergantung kepada konteks penggunaan ayat.
Makna24.09.2020
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Kepulauan Borneo atau Pulau Borneo. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, kepulauan membawa maksud sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau, contoh: Kepulauan Borneo. Manakala perkataan pulau pula membawa maksud tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
Boleh tolong jelaskan penggunaan perkataan 'persisiran' dan 'pesisiran'? Manakala dalam konteks ayat berikut pula, adakah betul?; Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk kebersihan persisiran pantai di negara kita.Penggunaan persisiran dan pesisiran, harus dilihat dari segi makna penggunaannya seperti di bawah:

1. Persisiran bermaksud daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.

2. Pesisiran bermaksud kawasan pantai yg datar dan berpasir.

3. Ayat yang lebih tepat: Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk memastikan kebersihan persisiran pantai di negara kita terpelihara.
Tatabahasa28.10.2015
Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu.Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratanMakna06.04.2010
Perkataan manakah tepat, mendam atau merendam; justeru atau jesteru; membung atau mambung; ambung atau ambong? Atau mungkin perkataan ini mempunyai makna tersendiri mengikut ejaannya? Terima kasih.Perkataan yang tepat:

1. Mendam dan merendam, kedua-duanya ada dalam Kamus Dewan. Hanya maknanya yang berbeza. Mendam - mabuk; ~ berahi lupa daratan (kerana bercinta). Manakala, merendam - menaruh sesuatu di dalam air.
2. Justeru
3. mambung
4. ambung
Makna26.11.2015
Apakah perbezaan antara pesisiran dan persisiran? Dalam buku teks BM sjk(c) tahun 3 menggunakan pesisiran. Tetapi ada guru yang mempertikaiannya. Saya telah membuat semakan dalam kamus dbp. Kedua-duanya sama maksud. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak dbp sendiri. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah persisiran. Maksud persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai.Istilah04.09.2012
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
12

Kembali ke atas