Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daratan

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM 
TETELUK

Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar

yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.

Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai

banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,

banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab

persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan

Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.

Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di

sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah

kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan

sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.

Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak

bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang

menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam

kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan

yang tenggelam.

UMUM 
PULAU

Pulau ialah daratan yang lebih kecil daripada

benua dan dikelilingi oleh air. Pulau terdapat di

lautan, sungai dan tasik di seluruh dunia. Saiz

pulau berbeza-beza. Greenland adalah pulau

terbesar di dunia berkeluasan 2 175 600 kilometer

persegi. Terdapat pulau yang lebih kecil daripada

sebuah medan atau dataran di bandar. Pulau yang

lebih kecil dikenali sebagai pulau kecil . Perbezaan

antara pulau dan benua bergantung pada keluasan.

Australia tiga kali lebih besar daripada Greenland.

Oleh itu, ahli geografi mengelaskannya sebagai

benua.

UMUM 
SEMENANJUNG

Semenanjung ialah kawasan daratan yang

hampir dikelilingi oleh air. Beberapa

semenanjung, seperti India, bercantum dengan

tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang

dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang

dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab

Saudi adalah semenanjung yang paling besar di

dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000

kilometer persegi.

UMUM 
TASIK

Tasik ialah kumpulan air yang dikelilingi daratan.

Tasik boleh ditemui di semua bahagian di dunia.

Sesetengah kumpulan air yang besar yang

biasanya dikenali sebagai laut adalah sebenarnya

tasik. Laut-laut tersebut termasuklah Laut Mati, Laut

Galilee , dan Laut Kaspia. Sesetengah tasik terletak

berdekatan kawasan bumi yang tertinggi dan yang

lainnya terletak jauh di bawah aras laut.

UMUM 
NIGER

Niger ialah sebuah negara besar, yang dilingkungi

daratan di Afrika Barat. Gurun dan gunung yang

gersang meliputi kebanyakan kawasan utara Niger.

Dataran yang diliputi pokok yang jarang-jarang

menganjur di sepanjang sempadan selatan. Negara

ini secara rasminya disebut sebagai Republik Niger,

iaitu sempena nama Sungai Niger, yang mengalir di

barat daya negara ini. Niamey ialah ibu negara Niger

dan bandar yang terbesar.

UMUM 
TERUSAN

Terusan ialah jalan air yang digali merentasi

daratan. Terusan berperanan penting untuk

pengangkutan barangan dan sumber air sejak

beribu-ribu tahun dahulu.

UMUM 
ZAMAN AIR BATUZaman geologi yang glasier meliputi sebahagian besar tanah daratan sehingga ke beberapa bahagian laut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
PARAGUAY

Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan

yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah

Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah

negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai

Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke

selatan dan membahagikan negara tersebut

kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di

sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah

kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan

terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun,

dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya

mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang

subur dan hutan tebal.

UMUM 
MINERAL

Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim

ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi

semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang

terdiri daripada mineral. Semua batuan yang

terdapat di atas muka bumi juga mengandungi

mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral

halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga

ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah,

dan Marikh.

UMUM 
1234

Kembali ke atas