Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. sejenis alat daripada besi atau nibung untuk mengopek kelapa. Alat ini dicacak kukuh di tanah dengan matanya ke atas. Buah kelapa ditekan di mata cop untuk memisahkan sabut daripada tempurungnya.Kalu nak kopek nyoq banyak-banyak cop lebeh cepat dari pakai golok.[kA.lu nA/ k.pE/ øâÖ bA.øA/.bA.øA/ tSp l«.beh tS«.pAt dA.Òi pA.kAj g.l/]Kalau hendak mengopek kelapa yang banyak, lebih cepat menggunakan cop daripada golok.
manja[mAn.dZA]kata namaranjang yang dibuat daripada kayu yang lantainya dibuat daripada tali guni yang dianyam, biasanya digunakan oleh orang Sikh untuk tidur atau istirahat; capoi II.Seng tu dok pebaek capoi tempat tidoq dia hak putuih semalam.[seN tu do/ p«.bAe/ mAn.dZA t«m.pAt ti.dâÖ di.jA hA/ pu.tuih s«.mA.lAm]Singh itu sedang memperbaiki capoi tempat tidurnya yang putus semalam.
capoi I[tSA.poj]kata namaranjang yang dibuat daripada kayu yang lantainya dibuat daripada tali guni yang dianyam, biasanya digunakan oleh orang Sikh untuk tidur atau istirahat; manja.Seng tu dok pebaek capoi tempat tidoq dia hak putuih semalam.[seN tu do/ p«.bAe/ tSA.poj t«m.pAt ti.dâÖ di.jA hA/ pu.tuih s«.mA.lAm]Singh itu sedang memperbaiki capoi tempat tidurnya yang putus semalam.
cekam[tS«.kAm]kata namaalat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma).Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila.[kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA]Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam.
gebok[g«.b/]kata namasejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk.Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun.[lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun]Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun.
cang[tSAN]kata namabahagian atau permukaan yang lebih kecil pada sebuah gendang silat, daripada kulit lembu. Bahagian yang besar dipanggil bam.Bunyi gendang belah cang tu deraeh, bunyi gendang belah bam pelan sikit.[bu.øi g«n.dAN b«.lAh tSAN tu d«.ÒAeh bu.øi g«n.dAN b«.lAh bAm p«.lAn si.kit]Bunyi gendang di bahagian cang lebih kuat daripada bahagian bam.
anoq[A.nâÖ]kata namasejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain.Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek.[dZA.NAn boh l«.beh pAdA ti.gA gun.di A.tAEh A.nâÖ tu kÒ«.bAw tA/ lA.ÒAt tA.Òe/]Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya.
   2. roda yang dibuat daripada kayu mampat.Kalu tanah kerin, kita buleh guna anoq hak ada gerek bagi senang krebau tarek.[kA.lu tA.nAh k«.Òin ki.tA bu.leh gu.nA A.nâÖ hA/ A.dA gE.ÒE/ bA.gi s«.nAN kÒ«.bAw tA.Òe/]Kalau tanah kering, kita boleh menggunakan anur yang beroda untuk memudahkan kerbau menariknya.
tiu[ti.ju]kata namatanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal.Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni.[kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni]Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni.
redai[Ò«.dAj]kata namasejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain.Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah.[dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh]Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah.
12345678

Kembali ke atas