Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul penggunaan 'daripada' - aduan daripada pelanggan - program pengajian daripada fakulti - graduan daripada bidang lain - daripada universiti awamSemua contoh penggunaan kata sendi 'daripada' yang diberikan adalah betul.Tatabahasa22.01.2021
Penggunaan Dari/daripada Daripada sekarang atau dari sekarang yang betul?Jawapan yang betul ialah dari sekarangTatabahasa06.01.2021
1) Ali mendapat banyak ikan dari / daripada sungai. 2) Ali mengambil buku dari/ daripada bilik guru. Tuan, dua ayat di atas ,yang mana betul? dari atau daripada? Terima kasih.1. Ali mendapat banyak ikan daripada sungai.
2. Ali mengambil buku daripada bilik guru. 
Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesautu benda. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 269 - 270. 
Tatabahasa05.10.2023
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan daripada/dari dan kepada/ke dalam konteks perisian telefon bimbit. Adakah ayat ini betul: Pindahkan fail daripada (nama aplikasi) ke (nama aplikasi). Saya keliru tentang ini. Seingat saya, perlu guna "daripada + kepada" dan bukan "daripada + ke". Disebabkan hal-hal digital berunsur mujarad (abstrak), bukankah penggunaan "daripada + kepada" lebih tepat? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pindahkan fail daripada (nama aplikasi) kepada (nama aplikasi)".Tatabahasa22.06.2023
Assalamualaikum wrm. wbt. Saya mewakili jabatan saya ingin memohon kod utk penerbitan buku (ISBN). Bagaimana caranya? Buku tersebut ialah: 1) Kamus Kompetensi JAKIM 2) Training Roadmap JAKIM (2020-2025) Mohon perhatian dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih.Assalamualaikum Puan budiman, Untuk mendapatkan nombor ISBN, puan bolehlah mendapatkannya daripada daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) penerbit atau penulis boleh terus memohon ISBN daripada PNM. Semua judul buku layak dipertimbangkan untuk diberikan ISBN selagi memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sila layari portal rasmi PNM untuk maklumat lanjut dan borang permohonan. Terima kasih.Lain-lain21.10.2020
a. Setiap sepuluh (10) motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah dari Honda. atau b. Setiap sepuluh motosikal di jalan raya, tujuh (7) daripada motosikal yang ada adalah daripada Honda. Antara a dan b yang manakah pernyataan yang betul. PENGGUNAAN DARI DAN DARIPADA (KEDUANYA KATA NAMA) PENGGUNAAN NOMBOR APAKAH SESUAI DALAM AYAT?Jawapan yang betul:
Tujuh daripada sepuluh buah motosikal di jalan raya daripada Honda.

atau

Tujuh daripada sepuluh motosikal di jalan raya daripada Honda. 

Lain-lain29.03.2021
A. Sila semak frasa'disalurkan daripada Sarawak' dalam ayat di bawah sama ada penggunaannya betul atau salah. Jika salah, sila betulkan frasa tersebut. Segala sumbangan yang disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. Sila pilih 'dari', 'daripada' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Misi bantuan fasa pertama (dari/daripada) Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan (dari/daripada) beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin (dari/ daripada) Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh (dari/daripada) cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting (dari/daripada) laci dan kotak. 5. Saya keluar (dari/ daripada) bilik tidur. Sekian, terima kasih.

A. 

Segala sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya.


B. 
1. Misi bantuan fasa pertama dari Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan dari beberapa bahagian di negeri ini. 

2. Sumbangan vaksin dari Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas.

3. Akar pokok tumbuh daripada cabang.

4. Saya mengambil dokumen penting daripada laci dan kotak.

5. Saya keluar dari bilik tidur. 

Tatabahasa14.07.2021
Saya ada soalan berkaitan kata sendi dari/daripada yang bertemu dengan kata nama anggota tubuh badan. 1. Kata-kata itu keluar dari/daripada mulutnya. 2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah dari/daripada tubir mataya. 3. Kata-kata itu ikhlas dari/daripada hatinya. Penggunaan anggota tubuh badan tersebut bolehkah merujuk kepada tempat atau asal kejadian sesuatu perkara? Mohon penjelasan pihak DBP.

Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya:

1. Kata-kata itu keluar daripada mulutnya.

2. Air matanya bertakung dan akhirnya tumpah daripada tubir matanya.

3. Kata-kata itu ikhlas daripada hatinya.

 

Penggunaan anggota tubuh badan tersebut merujuk pada sumber atau asal kejadian sesuatu benda. (Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269-272)

Tatabahasa25.09.2023
Ali meminta maaf daripada Wahid atau Ali meminta maaf kepada Wahid. Yang mana satukah yang betul dan tepat penggunaannya? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk menjawab pertanyaan saya. Sekian, terima kasih.Ayat yang tepat ialah Ali meminta maaf daripada Wahid kerana perkataan daripada membawa maksud sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh.Tatabahasa23.07.2020
Salam tuan/puan, Saya ada satu soalan mengenai tatabahasa, iaitu dari dan daripada. Seperti yang kita tahu, "dari" digunakan untuk tempat, arah dan masa. Manakala "daripada" digunakan untuk punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Contohnya, Saya datang dari Malaysia (Tempat). Saya daripada Pasukan A. (Sumber manusia) Bagi ayat seterusnya, adakah penggunaan saya betul? 1. Saya setiausaha daripada/ dari Jabatan Undang-undang. Pada pendapat saya, Jabatan Undang-undang merupakan satu bahagian di syarikat, ia bukan tempat yang sebenar, tapi merujuk kepada sumber manusia ini. Melainkan ayatnya, "Saya datang dari Jabatan Undang-undang tadi." Namun, saya tidak pasti dengan jawapan saya. 2. Saya pelajar dari/daripada Kelas B. 3. Dia tuan daripada keluarga Ong. (Sumber) 4. Dia berjaya keluar dari/daripada hutan. (Soalan ini dirujuk daripada soalan yang ditanya oleh pengguna lain pada 08.09.2021, soalan tatabahasa, saya mendapati pihak PRPM menggunakan daripada hutan.) Oleh itu, hal ini agak mengelirukan. Harap pihak tuan/puan boleh berikan maklumat yang betul, terima kasih!

1.    Ayat yang betul ialah “Saya Setiausaha Jabatan Undang-Undang.”

 

2.    Ayat yang betul ialah “Saya pelajar Kelas B3.”

 

Kedua-dua ayat di atas tidak memerlukan penggunaan kata sendi nama.

 

3.    Ayat yang betul ialah “Dia berasal daripada keluarga Ong.”

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia.

 

4.    Ayat yang betul ialah “Dia berjaya keluar daripada hutan.” Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca atau sumber.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 -  272.


Tatabahasa04.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas