Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
akar sokongprop rootAkar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat RajahMenengah Rendah
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas
pertunasanbuddingProses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk.Menengah Rendah
diafragmadiaphragmTisu yang terdiri daripada otot yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen.Menengah Rendah
alkilalkylKumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1.Menengah Atas
penapissieveAlat untuk mengasingkan bahan pepejal daripada larutan atau partikel halus daripada partikel yang lebih kasar.Sekolah Rendah
reputdecayPerihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma.Menengah Rendah
plasmaplasmaCecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%).Menengah Rendah
getahrubberBahan kenyal dan elastik sama ada daripada getah asli yang diperoleh daripada susu pokok getah atau bahan tiruan. Contohnya, tayar. Lihat RajahSekolah Rendah
bunga pakmarafflesiaBunga daripada tumbuhan yang tidak mempunyai batang, daun atau akar. Bunga pakma mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpanginya. Bunga ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Lihat RajahSekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas