Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
25 Darjah Ke Arah MatahariRubaidin SiwarDewan Pelajar1 September 1978
40 Darjah Di Bawah SifarRiwayatiDewan Pelajar1 June 1975
40 Darjah Di Bawah SifarRiwayatiDewan Pelajar1 May 1975
40 Darjah Di Bawah SifarRiwayatiDewan Pelajar1 April 1975
40 Darjah Di Bawah SifarRiwayatiDewan Pelajar1 March 1975
Bilik darjah ceria pelajar berjayaNor Asmah SahiminPelita Bahasa1 August 2008
Bilik Darjah Itulah DunianyaSabar BohariKarya1 February 1998
Bilik darjah sebagai pencetus wacanaRahmad Sukor Ab. SamadDewan Siswa1 May 1998
Penerima Pertama Darjah BaktiTiadaDewan Masyarakat1 July 2008
Kosa kata darjah dan darjatTiadaPelita Bahasa1 July 1992
12

Kembali ke atas