Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
suhutemperatureUkuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K).Menengah Atas
suhutemperatureUkuran untuk menunjukkan tahap kepanasan atau kedinginan sesuatu bahan. Unit yang digunakan ialah dalam darjah Celsius (°C), darjah Fahrenheit (°F) dan Kelvin (K).Menengah Rendah
darjahdegreeUnit ukuran bagi sudut. Simbol darjah ditunjukkan sebagai °. Lihat ContohSekolah Rendah
darjahdegree1. Unit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, darjah sudut tegak = 90°. 2. Kuasa tertinggi bagi pemboleh ubah dalam suatu polinomial.Menengah Atas
darjahdegreeUnit ukuran bagi sudut (°). Contohnya, tiga puluh darjah ditulis sebagai 30°.Menengah Rendah
bearingbearingArah kompas yang menyatakan dalam unit darjah suatu sudut yang diukur dari utara mengikut arah jam. Lihat rajahMenengah Atas
sudutangleRuang di antara dua garis lurus yang berpunca dari titik yang sama. Sudut diukur dalam unit darjah (°) Lihat ContohMenengah Rendah
sudut berselang-selialternate angleDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan selari yang lain. Sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat rajahMenengah Atas
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas