Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
darjah Celsiusdegree CelsiusUnit metrik untuk menyukat suhu. Simbolnya, °C.Sekolah Rendah
suhutemperatureDarjah kepanasan sesuatu jasad. Suhu diukur dengan menggunakan termometer.Menengah Rendah
suhutemperatureDarjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan atau objek dan boleh disukat menggunakan termometer atau dapat dirasai melalui sentuhan.Sekolah Rendah
suhutemperatureDarjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer.Menengah Atas
kelangsinganpitchDarjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi.Menengah Atas
kejituanaccuracyDarjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar.Menengah Atas
kompascompassAlat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur.Menengah Rendah

Kembali ke atas