Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Darjah kebesaran TerengganuTiadaBintang Timur26.06.1979
Darjah kebesaran - istana dan negeri Selangor bersetuju-Sabah Times14.03.1993
Darjah 111BNawawee MohammadMingguan Malaysia25.10.1970
Darjah Panglima Setia Mahkota P. Ramlee disimpan di Arkib NegaraKu Seman Ku HussainMingguan Malaysia06.08.1990
Darjah PSM pengiktirafan kepada dunia seniTiadaBerita Harian09.06.1990
Darjah III-cNawawee MohamadSuara Merdeka08.05.1977
Darjah SatuTuminMingguan Malaysia (Sastera dan Budaya)27.01.2002
Murid darjah enam hasilkan 'Kamus Simpulan Bahasa, Bahasa Melayu'TiadaUtusan Borneo07.01.2008
Anugerah Darjah Tertinggi Melaka untuk TunkuTiadaSuara Merdeka01.09.1985
Penilaian darjah tiga langsung tidak berfaedahS. Othman KelantanMingguan Malaysia11.01.1981
123456

Kembali ke atas