Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
axonometric projectionunjuran aksonometrikKesenianHiasan DalamanUnjuran lukisan persembahan yang menggambarkan objek atau bangunan dalam tiga dimensi. Lukisan aksonometrik dilukis berdasarkan sudut pelan yang tertentu, seperti 30 darjah - 60 darjah, 40 darjah - 50 darjah atau 20 darjah - 70 darjah.
equipartition energytenaga petak samaKimiaTiadaHukum Maxwell-Boltzmann yang menyatakan bahawa tenaga dalam sesuatu sistem tertutup akhirnya terbahagi sama banyak antara darjah-darjah kebebasan yang hadir.
squaresesikuKesenianTiadaAlat untuk mengukur kejituan sudut 45 darjah, 90 darjah dan 180 darjah.
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.
degree of dilutiondarjah kecairan; darjah pencairanKomunikasi MassaTiadaTiada
degree of a curvedarjah lengkung; darjah kelukMatematikTiadaTiada
AquaridsPancuran DalwuMatematikTiadaPancuran meteor aktif, iaitu Eta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 336 darjah, dec 0 darjah dan mencapai maksimum pada 4 Mei, dan Delta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 339 darjah, dec - 17 darjah, dan mencapai maksimum pada 28 Julai.
Delta AquaridsPancuran Delia/Dalwa DeltaMatematikTiadaPancuran meteor aktif, iaitu Eta Aquarids yang berpunca sinaran : RA 336 darjah, dec 0 darjah dan mencapai maksimum pada 4 mei, dan Delta Aquarids yang berpunca sinaran : RA 336 darjah, dec-17 darjah, dan mencapai maksimum pada 28 julai.
angle sumhasil tambah sudutMatematikTiada1. Hasil tambah sudut yang biasa digunakan iaitu darjah plus darjah atau radian plus radian. 2. Hasil tambah sudut yang ditentukan secara pemutaran dari sisi awalan melalui satu sudut diikuti dengan pemutaran dari sisi yang berikutnya melalui satu sudut lain.
ZodiacZodiak/Bintang Dua BelasMatematikTiadaJalur sfera samawi, 16 darjah lebar, 8 darjah pada sebelah-menyebelah ekliptik yang dibahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, selebar 30 darjah, dan dinamai Tanda Zodiak mengikut nama buruj.
12345678910...

Kembali ke atas