Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud Darul Ehsan, Mengapa gunakan perkataan Darul pada negeri-negeri di Malaysia. Sekian terima kasihdalam bahasa Arab, darul bermaksud rumah. Dalam hal ini, darul telah diperluaskan maknanya menjadi negeri. Oleh itu, darul ehsan bermaksud negeri yang bersifat ehsan manakala darul makmur ialah negeri yang makmur dsb.Makna10.12.2007
Salam, Bagaimana ejaan yang tepat untuk perkataan Bahasa Arab yang digunakan untuk nama institusi agama. Contoh : 1. Darussaadah 2. Darul Kifayah 3. Darul Ilmi Adakah terdapat kaedah yang betul mengenai cara penulisan yang betul. Sekian, terima kasih.1. Ejaan yang betul ialah Darul Saadah.
2. Ejaan Darul Kifayah dan Darul Ilmi adalah betul.
Ejaan07.11.2021
Salam tuan, Yang manakah 'contoh' ayat yang lebih tepat untuk paparan: i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2020 ii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2020 iii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Tahun 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman iv. i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Sekian, terima kasihSalam sejahtera,

ayat yang betul ialah ayat pertama dan kedua.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2020
ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
mohon pandangan, manakah yang betul, 1) kursus penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai masjid negeri kedah darul aman atau; 2) kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri kedah darul aman.. mohon pandangan..terima kasihPenggunaan ayat ini lebih tepat.
Kursus penguatkuasaan kepada pegawai masjid negeri Kedah Darul Aman.
Tatabahasa04.08.2020
Ini soalan ulangan: Isunya cara mengira jumlah perkataan. Pemeriksa BM PMR dan SPM mengira nama khas “Selangor Darul Ehsan” satu perkataan. Pada saya, ada tiga perkataan, iaitu “Selangor”, “Darul” dan “Ehsan”. Siapakah yang DBP kata betul: saya atau pemeriksa BM PMR dan SPM?Untuk makluman kami menilai pertanyaan saudara dari sudut kerja penyuntingan. Selangor Darul Ehsan dikira sebagai tiga perkataan tetapi berdiri sebagai satu entiti. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk pihak yang berkenaan, terima kasih.Lain-lain28.01.2009
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali .MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN  KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai.Tatabahasa22.04.2010
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'?Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITANTatabahasa23.08.2021
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima KasihEjaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad.Lain-lain29.10.2010
12345

Kembali ke atas