Salam, Bagaimana ejaan yang tepat untuk perkataan Bahasa Arab yang digunakan untuk nama institusi agama. Contoh : 1. Darussaadah 2. Darul Kifayah 3. Darul Ilmi Adakah terdapat kaedah yang betul mengenai cara penulisan yang betul. Sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah Darul Saadah. 2. Ejaan Darul Kifayah dan Darul Ilmi adalah betul. | Ejaan | 07.11.2021 |
Salam tuan, Yang manakah 'contoh' ayat yang lebih tepat untuk paparan: i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2020 ii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2020 iii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Tahun 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman iv. i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, ayat yang betul ialah ayat pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2020 |
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS? | Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK. | Tatabahasa | 17.09.2014 |
Salam hormat dan salam sejahtera Di dalam perkataan @ nama untuk Negeri Johor mempunyai maksud dan nama yang banyak, seperti Johor Bharu, Johor Baharu dan Johor Baru. Yang mana satukah istilah perkataan dan nama bagi Negeri Johor yang betul untuk di tulis di dalam papan tanda jalan di jalan raya. Sekian,terima kasih Ariff Badlishah USJ Subang Jaya Selangor Darul Ehsan | Nama tempat adalah seperti yang telah diwartakan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan tempat yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 tidak tertakluk pada panduan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Contohnya, ejaan Johor Bahru, Kota Bharu dan Kampung Baru. Walaupun sebutannya sama tetapi bentuk ejaan mengikut nama yang telah diwartakan. | Ejaan | 15.11.2011 |
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih. | Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat. | Makna | 04.03.2009 |
PIPEMECH SDN. BHD. LUCSTAR SDN. BHD. NO.100, JALAN KAPAR 27/89, MEGAH INDAH INDUSTRIAL, TAMAN ALAM MEGAH, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. | Salam sejahtera, Tuan, Sila kemukakan soalan dengan jelas. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 24.07.2019 |
SALAM SY INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ISTILAH, dARUL qURAN AKAN DINAIK TARAF MENJADI KOLEJ UNIVERSITI AL-QURAN MALAYSIA, JADI SINGKATAN UTK KOLEJ INI ADAKAH (KUQM) atau (KUaQM) | Untuk singkatan, biasanya kita mengambil huruf pertama setiap perkataan. Singkatan yang dicadangkan ialah KUAQM atau KUQM. | Ejaan | 29.03.2012 |