Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.rus.sa.lam] | دارالسلام

Definisi : Ar 1. alam yg aman; 2. syurga ketujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darussalam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) ialah badan bahasa yang asalnya ditubuhkan sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAMDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAM, sebuah institusi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu – bahasa rasmi negara. Institusi ini di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan diterajui oleh seorang Pengarah.BAHASAInstitusi/Organisasi
BRUNEI DARUSSALAM

BRUNEI DARUSSALAM,  negara Kesultanan Melayu Islam yang terletak pada garis lintang 4° hingga 5° 5 ‘U dan garis bujur 114° 23’ hingga 115° 23’T di pantai utara Kalimantan.  Brunei hanya berkongsi sempadan dengan Malaysia di sebelah selatan, timur dan utaranya kerana di utara dan barat lautnya terbentang Laut China Selatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Brunei Darussalam ialah negara kecil di Asia Tenggara yang kaya dengan sumber minyak.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MUSLIM BURMAT MUSLIM BURMAT (1943-     ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London.SASTERATokoh
ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merangkumi semenanjung dan

kepulauan di sebelah timur India dan Bangladesh

serta di sebelah selatan China. Rantau ini

mengandungi negara Brunei Darussalam,

Myanmar, Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina,

Singapura, Thailand, Vietnam dan sebahagian

besar Indonesia.

UMUM 
BADARUDDIN H.O.

BADARUDDIN H.O. (1942 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 23 September 1942 di Kampung Burung Pingai Air, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman. Setelah dia dikurniai gelaran oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 6 November 1984, dia dikenal sebagai Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman (salah seorang Menteri Agama, Brunei). Dia menerima pendidikan asas di Brunei. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Badaruddin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab al-Juneid, Singapura. Setelah itu dia meneruskan pelajaran di Kolej Islam Kelang. Dari tahun 1968 hingga tahun 1971, dia ke Al-Jami’ah al-Azhar, Mesir dan lulus dengan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Siasah Perundangan Islam.

SASTERAKonsep
A.S. ISMA

A.S. ISMA (1941-   ), penyair Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 8 Disember 1941 di Kampung Pekan Lama, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Mohd. Salleh. 

SASTERAKonsep
SABAH

Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia

Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan

Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di

bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di

bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan,

Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi

oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu

di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut.

Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi

dan meliputi satu per sepuluh daripada

keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya

ialah Kota Kinabalu.

UMUM 
ORANG BELAIT

ORANG BELAIT, satu rumpun bangsa Melayu yang diakui sebagai puak jati Melayu dan diiktiraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Di Negara Brunei Darussalam, bangsa Belait lebih dikenal sebagai puak Belait atau orang Belait.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
1234

Kembali ke atas