Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.rus.sa.lam] | دارالسلام

Definisi : Ar 1. alam yg aman; 2. syurga ketujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darussalam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kulintangkulintangMuzikTiada

 Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensem­bel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang.

legitimacykeabsahanSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara.
absolute monarchymonarki mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak.
monarchymonarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain.
sovereign rulerpemerintah berdaulatSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam.
colonytanah jajahanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau masyarakat yang ditadbir secara langsung oleh bangsa atau negara lain. Negara ini tidak mempunyai kuasa politik untuk menentukan hala tujunya. Segala peraturan dan undang-undang ditentukan oleh penjajah. Fenomena tanah jajahan wujud semasa era penjajahan sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Pada era tersebut terdapat banyak tanah jajahan yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Great Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugis. Contohnya, Brunei Darussalam ialah bekas tanah jajahan Great Britain.
kingshippemerintahan berajaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam.
social environmentpersekitaran sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLatar yang melibatkan hubungan manusia dalam masyarakat seperti hubungan keluarga, struktur masyarakat sama ada majmuk atau tidak, kedudukan kelas yang berbeza dan pembahagiannya, kehadiran pendatang luar serta kaitannya dengan pembandaran, sifat migrasi dalaman, kemiskinan, kesesakan, sifat perumahan, kehadiran setinggan dan sebagainya. Semua faktor ini merupakan persekitaran sosial yang tidak melibatkan persekitaran alam dan memiliki hubungan yang sangat rapat dengan pembangunan ekonomi dan politik. Contohnya, persekitaran sosial di Brunei Darussalam berbeza dengan Singapura.
triadic networkjaringan tiga serangkaiSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai.
political cleavagebelahan politikSains PolitikPolitik PerbandinganGambaran bahawa terdapatnya konflik atau perpecahan dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk etnik, kelas mahupun ideologi. Kehadiran kelompok-kelompok yang berkonflik antara satu sama lain ini menggambarkan masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai kelompok yang berbeza aliran, kaum dan kelas. Oleh sebab mahu mempertahankan kepentingan dan hak, maka kelompok-kelompok ini sering mengalami pertentangan dan menyebabkan kesepaduan tidak dapat diwujudkan. Belahan politik ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Terdapat masyarakat yang tinggi belahannya seperti di India dan terdapat juga yang sedikit seperti di Brunei Darussalam.

Kembali ke atas