Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
1) apakah maksud ayat dasar? 2) apakah maksud ayat dasar mengikut pandangan tokoh?Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Untuk keterangan yang lebih terperinci sdr bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 418 atau rujuk KAWAT, DBP.Tatabahasa28.02.2007
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima KasihSUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
1.
penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
Tatabahasa15.10.2012
Tuan/Puan, mohon pandangan kata dasar untuk penakat seperti dalam terma "penakat keganasan domestik" atau domestic violence survivor. Terima kasih.Kata dasar untuk penakat ialah takat.Lain-lain06.02.2023
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih.Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih.Lain-lain28.07.2020
1. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" tanya Puan Ainon kepada Amira. Bukankah kata dasar "tanya" itu kata dasar terikat yang tidak mempunyai maksud? Oleh itu, kata "tanya" tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana taraf terikat kata itu. "Tanya" patut diterbitkan menjadi "bertanya" yang mempunyai maksud dan, oleh itu, bersifat bebas dalam ayat. Pada pandangan saya, ayat yang tepat: 2. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" Puan Ainon bertanya kepada Amira. atau 3. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" bertanya Puan Ainon kepada Amira. (ayat songsang) Apakah pandangan tuan?

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kata dasar “tanya” lebih tepat dari segi tatabahasa. Sekiranya penulis ingin menggunakan kata terbitan “bertanya”, perkataan tersebut perlu menggunakan akhiran -kan serta diikuti kata penyambut, contohnya “bertanyakan soalan” kerana setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.06.2020
Assalamualaikum, Saya berpandangan ayat ini kurang tepat : "Teknologi A adalah alat sokongan dan bantuan kepada pencapaian objektif dasar B". Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Salam,

Ayat yang tepat: "Teknologi A ialah alat sokongan dan bantuan dalam pencapaian objektif dasar B".
Tatabahasa08.12.2015
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih.Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU  PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME  MELALUI PELAKSANAAN  PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI.Tatabahasa14.11.2013
Mohon sahkan sama ada frasa berikut betul mengikut sistem Bahasa Melayu: "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Pintar" ATAU "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris"

Pada pandangan kami, sinergi yang dilaksanakan secara pintar bukan bahasa yang pintar, maka frasa yang betul ialah "Pelaksanaan Dasar MBMMBI: Sinergi Pintar dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”.

 

Penyemakan dan penterjemahan31.01.2015
Anna Zana Assalamualaikum... DBP.. saya ingin mendapatkn beberapa pandangan... saya adalah salah seorang pelajar bahasa .. ini adalah tajuk tugasan saya... soalan saya adakah Dewan bahasa dan pustaka masih mempunyai kerelavananya dengan dasar bahasa melayu,,, harap dapat membantu...Puan yang budiman, fungsi dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan ada penghujungnya...DBP akan tetap memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan DBP akan terus bergerak seiring dengan kemajuan bangsanya. Justeru, DBP akan terus kukuh sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan bahasa kebangsaan. Terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa.Lain-lain22.02.2014
123

Kembali ke atas