Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.si] | داسي

Definisi : Id tali leher; ~ kupu-kupu tali leher kupu-kupu; berdasi memakai dasi (tali leher). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.si] | داسي

Definisi : tali leher. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bercakap mengenai penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat sehari-hari menggantikan perkaatan Bahasa Melayu yang agak/terlalu panjang terutamanya golongan remaja dan penduduk pusat bandar. Contohnya, 'call' ganti menelefon atau membuat panggilan, 'airport' kerana 'lapangan terbang' terlalu panjang, 'tie' ganti 'tali leher', 'shopping' untuk membeli-belah, 'game' untuk permainan (ini biasa), 'laptop' untuk komputer riba' dan banyak lagi. Sepatutnya diwujudkan perkataan yang lebih pendek dan mudah seperti mengambil perkataan yang sudah digunakan atau daripada bahasa lain. Saya mencadangkan contohnya 'keloi' daripada dialek Kedah untuk 'call', dan 'dasi/taler' untuk 'necktie' daripada B.Id atau yang arkaik. Terima kasihUntuk makluman tuan/puan, perkataan yang dicadangkan memang terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, pihak kami tidak ada kuasa untuk memaksa pengguna  supaya menggunakan perkataan tersebut, kecuali jika terdapat bahan/dokumen yang dihantar ke DBP untuk tujuan semakan kami.Istilah22.04.2018

Kembali ke atas