Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ta] | داتا

Definisi : butir atau maklumat yg diketahui atau yg telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas utk membuat kajian (analisis atau kesimpulan); ~ sandar (Komp) salinan pendua maklumat dlm komputer, yg disimpan dlm disket, cakera dsb utk tujuan keselamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ta] | داتا

Definisi : maklumat atau fakta ttg sesuatu yg diketahui dgn betul atau yg dikumpulkan utk dijadikan asas sesuatu kesimpulan. ~ diskrit ist data yg tepat yg diperoleh dgn membilang dan dpt dinyatakan dgn nombor bulat. ~ mentah ist data yg belum diproses, atau belum disesuaikan utk kegunaan sistem komputer. ~ sandar salinan pendua bagi maklumat dlm komputer, yg disimpan dlm disket, cakera dsb utk tujuan keselamatan. ~ selanjar ist data yg hampir tepat yg diperoleh dgn mengukur sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata data


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyiasatan saintifikscientific investigationKaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan.Menengah Rendah
piktografpictographCara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej.Sekolah Rendah
kesimpulanconclusionPernyataan yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu.Menengah Atas
kesimpulanconclusionSatu pernyataan fikiran yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu.Menengah Rendah
cakeradiscPlat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas