Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
period3. (geol) zaman, usia: the Pleistocene ~, zaman Pleistocene; 4. menstruation, (datang) haid, datang bulan; (attrib) semasa /haid, datang bulan/: ~ cramps, kejang semasa haid; 5. time during which lesson is taught, or allocated for lesson, waktu: five ~s of English a week, lima waktu bagi mata pelajaran Inggeris dlm seminggu; 6. (esp US) full stop, (tanda) /noktah, titik/; 7. (colloq) expressionKamus Inggeris-Melayu Dewan
emanatevi (fml) datang:the sound seemed to ~ from that room, bunyi tersebut rasanya datang dr bilik itu; the smell of fresh bread ~d from the bakery, bau roti yg baru dibakar datang dr kilang itu; the idea for the organization ~d from academic circles, buah fikiran utk mendirikan organisasi itu datang dr kalangan ilmiawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comingadj akan datang: the ~ year will see some changes, beberapa perubahan akan dilihat pd tahun yg akan datang; the ~ generation, generasi akan datang; a ~ man, (colloq) orang yg sedang meningkat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
and7. but, tetapi: he said he would come ~ he didn’t, katanya dia akan datang, tetapi dia tdk datang; 8. at the same time, dan, sambil: they sang ~ danced throughout the night, mereka bernyanyi dan menari sepanjang malam; he just sat there ~ laughed, dia duduk sahaja di situ sambil ketawa; 9. (linking finite verbs in close sequence) dan, [or usu not translated]: go ~ see him, pergilah berjumpa dgn dia; come ~ try it, marilah mencubanya; write ~ tell me, tulis dan beritahu saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ over, a. come from a distance, datang: he came over to our table, dia datang ke meja kami; he came over to see us last night, dia datang berjumpa kami malam tadi; b. change o’s opinion, mengubah fikiran sso (mengikut pendapat sso): he finally came over (to our opinion), akhirnya dia mengubah fikirannya (mengikut pendapat kami); c. change side, o’s allegiance (in war, politics) berpaling tadah dan menyebelahi [sst]; (in the commercial world) berpindah:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come10. originate, be derived from, datang: milk ~s from cows and other animals, susu datang dr lembu dan binatang-binatang lain; kind deeds ~ from a kind heart, perbuatan baik datang dr hati yg baik; 11. be descendant of, berasal: she ~s from a noble family, dia berasal drpd keluarga bangsawan; 12. be the result of, padahnya, akibat: that’s what ~s of gambling, itulah padahnya berjudi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ from, a. arrive from, datang dr; b. be native of, berasal dr: he ~s from the country, dia berasal dr kampung; c. be the product of, datang dr: these computers ~ from Malaysia, komputer ini datang dr Malaysia; energy that ~s from the sun, kuasa yg datang dr matahari; d. see ~ of (sense b.); e. see ~ of (sense c.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ for, a. arrive to pick up, datang utk mengambil; (so.) menjemput: has he ~ for the parcel yet?, sudahkah dia datang utk mengambil bungkusan itu?; at what time did she say she would ~ for you?, pukul berapa dia kata dia akan menjemput kamu?; b. move towards (so.) threateningly, datang hendak menyerang: I saw the dog coming for me and I went rigid with fear, saya nampak anjing itu datang hendak menyerang dan saya menjadi kaku krn takut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
welcomeinterj selamat datang: W~ to Malaysia, Selamat Datang ke Malaysia; ~ /home, back/, selamat /pulang, kembali/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
on-comingadj approaching, datang dr arah hadapan: an ~ train, kereta api yg datang dr arah hadapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas