Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
LONG BRANCH RESIDENCES35346/2016RUMAH KEDAI BERKEMBAR DAN RUMAH KEDAI BANGLO AKAN DATANG SELAMAT DATANG KE PERUMAHAN FASA PERTAMA SIAP DIBINA ANDA DIJEMPUT DATANG KE RUMAH CONTOH FASA TERBAHARU KAMI.Majlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11384Lulus21/07/201622/07/201615:20:56
Selamat Datang19253/2016Selamat datang Terima kasih Sila datang lagiDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201604/12239Lulus21/04/201622/04/201609:04:51
KONDOMINIUM PEGANGAN KEKAL AKAN DATANG!11588/2017AMVERTON GREENS di Bukit Kemuning Golf & Country Resort KONDOMINIUM PEGANGAN KEKAL AKAN DATANG! 03-51228889 UNIT YANG LUAS DENGAN PELBAGAI LUAS BINAAN AMVERTON GREENS di Bukit Kemuning Golf & Country Resort KONDOMINIUM PEGANGAN KEKAL AKAN DATANG!Majlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/14395Lulus06/03/201707/03/201709:17:14
Datang dan Menang11334/2016Datang dan MenangMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/10649Lulus14/03/201615/03/201609:34:38
SELAMAT DATANG12802/2017SELAMAT DATANG MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGYMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14959Lulus08/03/201709/03/201709:00:25
SELAMAT DATANG9464/2017SELAMAT DATANGMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13357Lulus22/02/201723/02/201708:16:00
SELAMAT DATANG49211/2016Selamat Datang, Talian Khidmat pelangganMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11561Lulus06/10/201607/10/201609:48:06
Selamat Datang16330/2016Selamat Datang Tasik PuteriMajlis Perbandaran SelayangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10378Lulus11/04/201612/04/201607:54:12
selamat datang20096/2015Selamat Datang PUSAT JUALAN dan SERVIS Memperbaharui Insuarans dan cukai jalan Wasilah Global Auto Sdn BhdMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/06374Lulus04/06/201504/06/201511:21:56
selamat datang5902/2014Selamat datang ke lebih 3,000 produk halalan toyyiba dibuka setiap hari 9pagi-9malamMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201403/04399Lulus27/03/201427/03/201411:22:35
12345678910...

Kembali ke atas