Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tagtagTeknologi MaklumatTiadaSuatu kod dalam bahasa pengaturcaraan web yang memerihalkan dan menterjemah suruhan kepada pelayar web bagi memaparkan kandungan dokumen pada skrin. Contohnya tag bermaksud "bold" dan bermaksud "italic". Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang. Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang.
inviteepara jemputanPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang yang datang ke sesuatu tempat sama ada dijemput secara eksplisit atau implisit. Contoh: orang yang datang untuk membeli-belah di pasar raya.
homeoarctonpersamaan awal/hemeoarktonKesusasteraanTiadaPengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12]
call-backdatang -balikPentadbiranTiadaTiada
incident lightcahaya datangFizikOptikCahaya yang secara langsung menyinari ke atas suatu permukaan cahaya tuju.
incident anglesudut datangFizikOptiklih. sudut tuju.
stop and go determinismpenentuan datang dan pergiGeografiTiadaTiada
trunk showperagaan fesyen musim datangKesenianTiadaMajlis yang diadakan untuk memperagakan koleksi fesyen pakaian pada musim berikutnya.
last in first out (LIFO)masuk kemudian keluar dahulu (LIFO)Teknologi MaklumatPerisianCara menyusun dan memanipulasi data yang berkaitan dengan masa dan keutamaan. Cara ini merupakan teknik pemprosesan baris gilir, iaitu proses yang datang terakhir dikendalikan terlebih dahulu dan proses yang datang dahulu terpaksa menunggu sehinggalah proses terakhir tersebut telah selesai.
average future lifetimepurata hayat akan datangKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas