Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
12, Kerana dia bergaduh dengan adik saya, Salim tidak datang-datang ke ramah kami lagi .Tiada kesalahan Munsyi, adakah ayat ini gramatis? saya berpendapat bahawa ayat ini ayat songsang. kerana boleh letak di hadapan ayat, betulkah jawapan saya, munsyi?Ayat itu betul. Ayat songsang juga ayat gramatis. Sila rujuk buku tatabahasa sebagai panduan untuk membina ayat dengan gramatis.Tatabahasa11.03.2012
Fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada'? Mengapakan kata sendi nama 'pada' untuk menggantikan kata sendi nama 'ke' tidak boleh digunakan bagi ayat berikut: Selamat datang ke majlis perkahwinanan kakak saya .

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama" ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu dalam contoh ayat yang diberikan kata sendi nama yang betul ialah "ke" kerana ia menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan bukannya menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 274 untuk keterangan lanjut.

 

Tatabahasa27.01.2010
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.Tatabahasa01.02.2010
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih.1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; meĀ­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri.

3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan.

4. dilengkapi dengan...
Tatabahasa02.10.2014
Minta tuan jelaskan 1) penggunaan yang betul bagi kata "adalah" 2) perbezaan di antara "kepada" dan "ke" 3) perbezaan di antara "dari" dan "daripada"

Kata pemeri "adalah" digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat: Kursus ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan format surat rasmi.

2. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.

3. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari arah selatan, perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi, anda datang dari mana?. Kata sendi nama "daripada" pula  hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berkaitan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan abstrak; sumber atau asal kejadian sesuatu benda perbandingan; menyatakan sebahagian daripada semu, perbezaan, perubahan atau perbandingan. Contoh ayat: Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah, ukiran itu diperbuat daripada logam, edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263-274.  

Tatabahasa06.05.2010
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
Makna22.02.2012
Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu-Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;Lain-lain01.09.2010
Apa itu masa?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;Makna13.10.2010
12

Kembali ke atas