Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tar] | داتر

Definisi : (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji ka­kitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara me­lintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, merata­kan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerata­an; pendataran perihal atau perbuatan menda­tar­­kan (meratakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tar] | داتر

Definisi : rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datar

Peribahasa

Tergolek di nan datar.

Bermaksud :

Mendapat bahaya yang tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouldingkumaiKesenianSeni BinaUkiran yang diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan lain seperti plaster, gipsum, kapur, simen dan plastik, digunakan untuk melindungi persambungan bahan-bahan atau datar-datar bahagian bangunan yang tidak rata. Ukiran ini biasanya dibuat dalam bentuk keping-kepingan bagi memudahkan pemasangan. Ia juga boleh diperbuat dalam bentuk rata atau melengkung. Kumai juga berfungsi sebagai hiasan bagi menambah kecantikan pada bahagian bangunan. Kumai boleh dipasang di dinding, siling, perabot, pintu, tingkap, gerbang dan sebagainya.
playaplayaGeografiTiadaIstilah Sepanyol bagi sebuah kawasan yang datar atau hampir datar yang terletak di tengah sebuah lembangan yang tertutup di mana terdapatnya sebuah tasik sementara.
playaplayaGeologiTiadaIstilah Sepanyol bagi sebuah kawasan yang datar atau hampir datar yang terletak di tengah sebuah lembangan yang tertutup di mana terdapatnya sebuah tasik sementara.
plano-convexdatar cembungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk pandangan sisi dan atas yang terdapat pada artifak batu. Ciri artifak ini mempunyai bahagian bawah yang datar, sementara bahagian atasnya berbentuk cembung, bermula dari bahagian belakang ke tengah badan, dan landai pada bahagian mata asahannya. Bahagian mata akan bertemu garis datar bahagian bawah dengan garis cembung bahagian atas batu. Contoh ciri ini dapat dilihat pada alatan batu beliung, dan beliung bermata asah tengah.
surface platespenguji datarKesenianTiadaPenguji datar: Alat untuk menguji kedataran permukaan sesuatu benda kerja.
griddlekuali datar lekatPentadbiran PerniagaanTiadaKuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek.
clearing excavationgali cari datarArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat ekskavasi datar.
canardkanardAeroangkasaTiadaPesawat udara yang mempunyai penstabil datar dan muka kawal di hadapan sayap.,Pesawat udara yang mempunyai penstabil datar dan muka kawal di hadapan sayap.
flank anglesudut rusukKejuruteraanTiadaSudut di antara rusuk bebenang dengan paksi datar yang bersudut tepat, yang ditentukan dalam paksi datar.
striplinegaris stripFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanTalian penghantaran yang terdiri daripada pengkonduksi pusat strip logam datar yang terpisah daripada pengkonduksi luar strip logam datar oleh strip-strip dielektrik.
12345678910...

Kembali ke atas